Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

Wednesday, September 10, 2008

ANUGERAH PERDANA MENTERI

Satu lagi pengikhtirafan yang diterima oleh Hpa. Anugerah perdana yang diberikan baru-baru ini di MAHA 2008.
SERDANG 12 Ogos - Tiada siapa menyangka industri pertanian berasaskan herba mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan.
Namun, syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. berjaya membuktikan herba mampu menjana keuntungan apabila pada tahun 2007 nilai jualan produk keluaran syarikat itu mencecah RM63 juta.
Antara produk popular syarikat itu ialah Kopi Radix yang terkenal dengan ungkapan iklan 'Mai Secawan'.
Berikutan pencapaian tersebut, HPA telah dipilih untuk menerima Anugerah Perdana Menteri yang pertama kali diperkenalkan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). Dengan kemenangan itu, HPA Industries membawa pulang hadiah wang wang tunai RM50,000, piala dan sijil.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad pada majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di sini hari ini.
Terdahulu, syarikat tersebut turut menerima Anugerah Pemasar Tani Jaya Peringkat Kebangsaan 2008. Bagi anugerah ini, HPA mendapat hadiah RM30,000, piala dan sijil.
Menurut Ismail, syarikatnya kini berusaha mewujudkan ladang roselle dan pegaga memandangkan hasil ladang sedia ada tidak dapat menampung permintaan.
''Kami masih terpaksa mengimport roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi dengan adanya ladang roselle dan pegaga yang lebih besar ia akan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar,'' katanya.
Selain menetapkan sasaran keuntungan sebanyak RM100,000 pada tahun ini, Ismail menyatakan bidang pertanian dan industri asas tani telah terbukti mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan sekiranya diusahakan dengan betul.
HPA memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar. Ia mempunyai kira-kira 400,000 ahli serta 21,000 usahawan di seluruh negara. HPA Industries juga mempunyai lima wakil di luar negara melalui aktiviti jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


HPA buka TOHARAH DOBI  

Sunday, September 7, 2008

Pada 29/8/08 yang lalu, HPA telah mengadakan majlis perasmian Toharah Dobi sekaligus dengan majlis pelancaran 2 produk kegunaan harian iaitu Cecair Pencuci Freesia dan Pelembut Fabrik Mawar.Cecair Pencuci Freesia merupakan pencuci pakaian dalam bentuk cecair dan kebaikanya untuk mereka yang elergi dengan bentuk serbuk terutama bagi mereka ada gangguan penafasan.Pelembut Fabrik Mawar satu-satunya produk wangian dan pelembut kain yang dikeluarkan oleh HPA sama seperti Pelembut kain softlan.Kedai Dobi Taharah juga merupakan outlet HPA dalam memasarkan semua jenis detergent dalam bentuk MLM.Ahli boleh mendapatkan produk disini selain daripada cawangan yang ada.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


HPA akan buka cawangan RFC di Tesco  

Hasil daripada perbincangan awal menampakan beberapa potensi baru seluruh Malaysia dengan pembukaan cawangan dan RFC .Dijangka pada tahun hadapan sebanyak 5 buah Tesko baru yang akan dimasuki oleh HPA.Hpa bukan menjual produknya kepada Tesko tetapi adalah kerana untuk membuka cawangan sendiri serta menjadi altenatif produk halal pada umat Islam yang berkunjung ke sana.Brand HPA dan Radix telah mula dikenali seperti masyarakat mengenali produk Adabi cuma HPA akan mempelbagaikan keluaranya bagi memenuhi kehendak seisi rumah.InsyaAllah.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


PRODUK KELUARAN HPA  

Friday, August 15, 2008

KELUARAN UMAT ISLAM (HPA)

Satu lagi keluaran HPA, Radix Fried Chicken (RFC) telah dilancarkan pada bulan Julai 2008 yang lalu. Telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan 1 Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad.

Kenapa masih berlengah lagi.....

RADIX FRIED CHICKEN

LAGENDA HEIGHTS, SG. PETANI, KEDAH.



AddThis Social Bookmark Button

Email this post


DISKUSI MLM HPA  

Sunday, August 10, 2008

MLM: YANG HALAL DAN YANG HARAM
Oleh: Ust. Ahmad Adnan Fadzil
Untuk Keterangan lanjut sila layari laman blog ini.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


HERBA PENAWAR AL-WAHIDA (HPA)  

Thursday, August 7, 2008


DIASASKAN oleh anak tani bernama Tuan Hj Ismail b Hj Ahmad yang berasal dari Kg Mata Ayer,negeri Perlis Indera Kayangan. HPA ditubuhkan pada tahun 1986 dengan nama Perawatan Tradisional Al Wahida. Beliau dilahirkan pada 1 Jun 1963.
Tuan Hj. Ismail telah mempelajari ilmu herba secara tidak formal daripada keluarganya yang mempunyai kepakaran dalam herba-herba tempatan. Pada tahun 1982,beliau telah membuat kajian tentang herba-herba Malaysia di UPM dalam bidang Botanikal.
Setelah menamatkan pengajian di UPM,beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Padang Siding, negeri Perlis Indera Kayangan.


Pada asalnya HPA bermula dengan 4 orang pekerja sahaja yang hanya bermodalkan sebanyak RM3 ribu. Namun disebabkan perkembangan perniagaan yang begitu baik dan sambutan terhadap produk-produk HPA yang amat menggalakkan, beliau terpaksa menambah pekerja dan mesin-mesin bagi menampung permintaan yg semakin meningkat dari tahun ke tahun. HPA menjadi semakin mantap dengan kemasukan 13 orang lagi graduan-graduan lepasan universiti untuk membangunkan HPA ke arah yang lebih efektif dari pelbagai sudut.
GMP
GMP adalah satu syarat yang diperlukan untuk memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Piawaian tersebut meliputi bangunan yang ada,pekerja, amalan-amalan kebersihan,mesin dan segala bentuk dokumentasi yang diperlukan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan(BPFK )
Kilang HPA mendapat pengiktirafan GMP pada tarikh 25 Sept 1997 seperti yg diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Pada tahun 1997 juga, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA telah memilih HPA Ind Sdn Bhd sebagai anak angkat BPFK Untuk Pengilang-Pengilang Perubatan TradisionalMelayu.

KILANG GMP HPA

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


PRODUK HALAL  

Kepada sahabat-sahabat yang inginkan produk halal keluaran HPA layarilah blog ini atau laman web HPA : http://www.hpa.com.my/
http://jawiherbshop.blogspot.com/

IKLAN RADIX KOLA



"SELAMAT MENCUBA"

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09