Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

MAKANAN HARI INI DAN KEYAKINAN....  

Friday, May 28, 2010

Masyarakat kita hari ini menyerahkan tanggungjawab menjaga kesihatan diri mereka kepada orang lain. Mereka menyerahkan tanggungjawab itu kepada syarikat pengeluar racun serangga kononnya produk mereka dapat menghapuskan serangga total, kepada syarikat farmasi yang menggunakan dadah kononnya ubat mereka mengembalikan kesihatan ke tahap normal, kepada syarikat-2 francais makanan segera untuk memberitahu kononnya ayam goreng mereka mengandungi khasiat dan nutrien yang menyihatkan, kepada pengeluar minuman berkarbonat untuk memberitahu kononnya minuman mereka menambahkan tenaga (tenaga luar dan tenaga batin), kepada syarikat pengeluar sabun tangan dan sabun mandi kononnya produk mereka dapat menghapuskan 99% jenis kuman dan bakteria yang merbahaya. Malah ada yang mendakwa produk mereka tidak ketinggalan zaman kerana dapat menyaingi virus-virus baru. Ia sudah seperti syarikat pembuat perisian anti-virus komputer. Mereka percaya apa yang doktor konvensional perkatakan. Mereka percaya produk ubat gigi kerana ia diluluskan oleh doktor-2 pergigian dari seluruh dunia. Mereka percaya sesuatu produk itu baik untuk gigi sensitif dan boleh digunakan berpuluh-puluh kali sehari kerana ia disarankan oleh doktor-2 professional. Tetapi mereka perlu ingat, para doktor yang muncul di dalam iklan-2 tersebut telah dibayar dalam jumlah wang yang besar untuk dieksploitasi kedudukan professional mereka mempromosikan sesuatu jenama. Jika mereka tidak dibayar sesenpun, saya fikir tiada seorang doktor pun yang sanggup berbuat demikian.

Hari ini, apa yang keluar di TV, apa yang terdengar di radio...itulah yang kita percaya dan yakin. Kerana ia saluran yang rasmi dan boleh dipercayai. Apa yang tersiar di blog atau internet, ia adalah cerita bohong. Kebanyakan penulis-2 blog adalah pembohong. Terpulang kepada anda membuat penilaian...tiada siapa yang peduli tentang kesihatan diri anda kecuali anda sendiri!!!

Pandangan Tentang Filem "Food, Inc."


Filem dokumentari Food, Inc patut ditonoton oleh semua orang kerana memaparkan kebobrokan,kerakusan dan kepincangan dalam industri pemprosesan makanan mentah seperti daging dan sayur-sayuran di Amerika. Ia mendedahkan keburukan amalan yang dilakukan oleh pengusaha dan penternak yang menggunakan kaedah moden bagi mengembangkan hasil pertanian atau ternakan mereka. Ayam disuntik untuk mendapatkan baka yang bersaiz besar, cepat matang, diletakkan di dalam kandang yang tertutup tidak disinari cahaya matahari sepanjang hayat, lembu diternak di dalam kandang yang sempit, membesar bersama najisnya yang dibiarkan bertaburan, apabila disembelih - bakteria yang masih terdapat pada tubuhnya mencemarkan dagingnya lalu dimakan oleh manusia. Filem ini mendapat kritikan yang hebat terutama oleh pihak yang mempunyai kepentingan dalam industri makanan proses.

Jika ia berlaku di Amerika yang memiliki 30% keluasan tanah dikhaskan untuk penternakan, apa kurangnya negara kita Malaysia yang mempunyai tanah yang terhad? Apakah lebih teruk dari itu?

Saya sarankan kepada pembaca sekelian menonton filem ini - jika ia tidak terdapat di pasaran tempatan, anda boleh muat-turun menggunakan Torrent atau pergi ke link di bawah ini.

Pautan Food, Inc

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Fakta Menarik.....  

Wednesday, May 12, 2010



1.Menahan nafas boleh membunuh diri sendiri.
2.Kebanyakan partikel debu dalam rumah anda dihasilkan daripada sel kulit mati!
3.Kumbang rasa macam epal,tebuan rasa kacang dan cacing rasa seperti babi goreng.(uwek!)
4.Adolf Hitler adalah seorang vegetarian dan dia hanya ada satu testikel.(satu batu)
5.Burung hantu adalah satu2nye burung yg boleh melihat warna biru.
6.Rekod ayam terbang paling lama di dunia adalah 13 saat.
7.Adalah mustahil membuka mata ketika terbesin.
8.Cacing akan memakan diri mereka sendiri jika dah takde sangat mende nak makan.
9.Coca cola sepatutnye berwarna hijau jika ianya tidak dicampurkan dgn pewarna.(Sahkan)
10.Madu adalah satu2nye makanan yg tidak akan pernah basi.Madu yg ditemui dalam makam Firaun telah ditest/rasa oleh arkeologis dan mendapati ianya masih boleh dimakan.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


jus' a minute....  

Saturday, May 1, 2010




Untuk setiap menit kemarahan, Anda kehilangan 60 detik kebahagiaan)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


PADAN MUKA....  

Wednesday, April 28, 2010




Kereta vs Ayang

Surat ayang untuk abang...

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik...

Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang... sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.. Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah...

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang Make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodyna Abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang Besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. .. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa Atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABG SURUHLAH KERETA ABG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU BASUHKAN PAKAIAN ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU GOSOKAN KEMEJA ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU SIAPKAN AIR MANDI ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU KEMASKAN RUMAH ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU URUT-URUT BADAN ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU TEMANKAN ABG TIDUR

Love,
ayang

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


MENTEGA ATAU MARGERIN....= MUDARAT !!!!  

Tuesday, April 27, 2010



Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?

Bacalah sehingga ke akhirnya…anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan … INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Dipetik dari Rense.com

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


AWAS....KOPI RADIX PUNYA HAL.....  

Wednesday, April 21, 2010

Kempen Boikot Kopi Radix Palsu..Boikot semua pasaraya cina yg jual kopi
RADIX krn semua kopi RADIX di pasaraya cina disahkan palsu.
KENYATAAN GM
AMARAN KERAS PADA SEMUA YANG TERLIBAT

INFO PENTING KOPI RADIX PALSU DARI GM HPA

Kejadian ini kembali berulang dan dilakukan oleh sendikit “TAUKEH” yang sememangnya terkenal dengan istilah “KALAU TIDAK PENIPU MAKA ITU BUKAN TAUKEH”. Sah mereka ini sering kali memberi ancaman kepada kita khususnya umat Islam yang ingin mensukseskan perniagaan HALAL & TOYIBAN. Tektik mereka sungguh licik dan amat susah di kesan. Diantaranya adalah seperti berikut;

i) Berpura menjadi ahli yang kononnya ingin memasarkan Kopi Radix Asli, namun diselit dengan Kopi Radix Palsu.
ii) Menggunakan nama keahlian Melayu sebagai penyamaran dan melakukan akibiti haram ini. Malangnya ada yang sanggup mengadaikan maruah kepada Taukeh ini untuk sedikit habuan yang mereka tidak sedar akan menghancurkan perniagaan Umat Islam. Hal ini di kesan berlaku di Perlis, Seberang Perai, Kulim, Kelantan, Perak Utara dan Selangor.
iii) Memasarkan Kopi Palsu dan dijual di bawah harga ke sebahagian besar kedai Borong dan Pasaraya.

Justeru itu pihak HPA dengan resminya mengistiharkan demi keselamatan pengguna, maka semua KOPI RADIX yang berada di PASARAYA dan PEMBORONG adalah tidak sah dan PALSU. Pihak HQ dengan ini akan tidak akan membenarkan lagi penjualan KOPI RADIX ke mana-mana pasaraya dan kedai BORONG bagi mengelakan kecelaruan pengguna terhadap penggunaan KOPI RADIX.

Pihak HQ akan menamatkan serta merta tanpa rayuan mulai sekarang kepada mana-mana pengedar yang didapati melakukan salah guna menjual secara salah laku hingga mengganggu pasaran KOPI RADIX masakini. Pihak HQ juga akan mengambil tindakan kepada pengedar yang didapati melakukan unsur lawan harga kepada pekedai dan peruncit sehingga mengganggu gugat keharmonian pasaran ini.

Kepada pembaca blog ini sila sebarkan segera kepada blog-blog yang lain.




AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Sabun Asiatica dan Berus Sabut  

Sunday, April 18, 2010

Assalammualaikum...

Sedikit perkongsian tentang sabun asiatica + berus sabut.

Kisah ini terjadi pada diri saya sendiri, 3 tahun yang lepas. Saya mengalami kegatalan pada kulit kaki berdekatan dengan buku lima. Pada mulanya saya sangka kaki saya hanya gatal biasa yang menjadi cecair kecil yang berwarna putih (air bisa). Tetapi bila cecair itu pecah ia mula terasa gatal dan mula merebak sehinggga menjadi bulatan sebesar duit syiling 50 sen. 10 hari selepas itu ia semakin membesar dan melarat.

Selepas itu saya pergi berjumpa dengan doktor dan doktor mengesahkan bahawa kaki saya ini kemungkinan dijangkiti kuman sejenis kulat. Jadi beliau memberi sejenis ubat untuk disapu. Sapu punya sapu kulat tak hilang-hilang juga.

Akhirnya saya tidak berpuas hati lalu bertanya kepada seorang pemimpin HPA yang terkenal dengan ceramah motivasinya. Apa yang beliau beritahu kepada saya berbunyi begini :

"Pada saat ini awak cuba guna sabun asiatica dan gosok dengan menggunakan berus sabut."

Lalu saya bertanya lagi ;
"Kenapa berus sabut"

Pemimpin itu menjawab:
"Kalo kau nak tahu pokok kelapa banyak kegunaannya, dari daun sampai kepada batangnya banyak manfaatnya."

Saya tanya lagi;
"Tak sakit ka bila di gosok"

Lalu beliau menjawab;
"Kau gosok ja....kalo sakit.....kau pejam mata"

Selepas daripada itu saya terus istiqamah menggunakan sabun Asiatica dan berus sabut dan hasilnya amat menakjubkan dan ia berkesan sekali. Sekarang kaki saya dah sembuh dan licin seperti sediakala. Jadi tidak rugi kalau kita mencuba......

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09