Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

PARAMARIA.....ALAMAK SILAP DOS DAAA.....  

Monday, December 7, 2009


Baru-baru ni saya pergi kedai handphone kat MEGAMALL. Datang tengok-tengok harga telefon. Lepas tu datang awek cun kat sebelah, cun lagi seksi. Seksi itu sungguh menyiksakan. Dia nak beli top up. Lepas tu datang 2 orang lelaki umur dalam 20-an datang nak top up juga. Tertarik dengan awek cun tu, salah seorang lelaki tu tegur awek tu.

"Pegi mana adik ? Boleh berkenalan ke ?" Tiba-tiba awek tu jawab.

"Yer le, nak top up. Nak belanja top up ker....".

Alamak, rupanya suara dia garau macam lelaki, ini bukan perempuan, rupanya pondan. Saya tergelak tak boleh tahan, sampai perempuan yang jual top up tu pun tersipu-sipu nak menahan gelak. Lelaki yang tegur tadi tu nampak merah muka, terdiam tak terkata.






CERITA INI TAK ADA KENA MENGENA DENGAN HPA......ada faham......Cuma LELAKI DI LUAR SANA JANGAN TERPANDAI GUNA DOS PELIK 'PARAMARIA'.....TINGKATKAN KELEMBUTAN DAN KELONGLAIAN ANDA.....AAwwwww......

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


OSTEOARTHRITIS & GOUT....RHEMATOID ARTHRITIS  

Sunday, December 6, 2009


SET BASIC UNTUK PERMULAAN CLEANSING (MADU & MALAC) HPA


Jari jemari yang terasa sengal rasa selesa apabila dilipat untuk “dipatah-patahkan” (atau biasa digelar “mematahkan jari”). Bunyi letupan yang kedengaran bukannya bunyi jari atau sendi yang patah atau terselaras, tetapi bunyi gas yang terkumpul dan meletup kerana tersingkir melalui geseran semasa jari dipatahkan.

Amalan mematahkan jari seperti ini tidak digalakkan kerana gas yang terdapat di dalam sendi jari adalah sangat penting untuk mengimbangi kehadiran urik asid di situ. Malah sebenarnya apabila urik asid terkumpul pada sendiri jari, maka gas akan terbentuk bertujuan menukar bentuk urik asid kepada bentuk gas untuk dineutralkan atau diproses untuk disingkirkan dari tubuh.

Tindakan mematahkannya akan menyebabkan gas tersebut terkeluar dan proses meneutralkan urik asid pada sendi tidak terjadi.

Selain sendi jari, hampir keseluruhan sendi pada tubuh boleh menghasilkan bunyi apabila dilipatkan dengan niat hendak mematahkan atau membunyikannya. Antaranya siku, bahu, pinggul dan lutut. Sengaja melakukan perbuatan “mematahkan” ini lama kelamaan akan menyebabkan ia akan berterusan berbunyi setiap kali sendi digerakkan walaupun sedikit. Pekara ini biasa terjadi di sendi-sendi utama seperti lutut dan siku.

Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis terjadi apabila urik asid telah menghakis dan memusnahkan tisu-tisu pada dinding rawan pada sendi jari. Mereka yang mengalami masalah sendi selalu berbunyi apabila digerakkan atau sengaja mematah-matahkan sendi (seperti jari) menunjukkan tanda-tanda awal masalah kelemahan pada organ tulang atau simptom Rheumatoid Arthritis.

Rheumatoid Arthritis

Osteoarthritis

Tulang yang kuat boleh mengikat mineral untuk perkembangan tisu dan pertumbuhan tulang. Osteoarthritis terjadi apabila rawan pada sendi tulang terhakis akibat kelemahan tenaga pada tulang yang gagal mengikat mineral untuk membentuk tisu baru rawan sendi.

Osteoarthritis

Rawatan Tulang

Tulang memainkan peranan menyerap dan meneutralkan urik asid yang berlebihan. Kehadiran urik asid yang tinggi akan melemahkan fungsi tulang ini. Tulang yang bertenaga akan mudah untuk mengikat mineral terutama pottasium dan kalsium untuk membentuk tisu rawatan dan tulang. Tulang yang kuat akan mudah mengawal kehadiran urik asid dan mengelakkannya daripada mudah terhakis oleh urik asid.

Dalam kaedah Rawatan holistik HPA terdapat banyak set untuk sihat ceriakan sendi dan tulang...Kopi RADIX amat baik untuk permulaan rawatan ini serta di dapatkan set GOUT di cawangan HPA berhampiran....pasti teruja pesakit kearah pulih kesihataan nya...

Oleh itu, tidak kira walau seteruk mana keadaan masalah tulang seperti Rheumatoid Arthritis dan Osteoarthritis, selagi sekiranya tulang boleh dipertenagakan semula, insya Allah ia masih ada harapan untuk sembuh.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


SENAMAN PENAFASAN.....HPA  

Saturday, December 5, 2009



TEKNIK NAFAS & HIDUNG
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan membuang nafas?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan sejuk).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.

Jika Anda merasa penat, lakukan terbalik-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sejuk.

Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah marah.

Apakah Anda ada memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?

Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat penat. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Selalulah mencuba terapi pernafasan ini, tubuh anda akan merasa sangat tenang sekali (rileks).

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


PBC JITRA...DARULAMAN SUITES.....  

Friday, December 4, 2009







PJMS USTAZ ZAHIR GHAZALI DENGAN SLOT AWAL NYA...
TARIKH 4 & 5 DISEMBER 2009 KERAMAT PBC JITRA DAN PASTI MENJANJIKAN GEGARAN DI UTARA....
PESERTA MUSLIMAT DOMINASI PBC KALI INI....
PENGGERAK DAN HERO2 JITRA
Syabas pada pihak KPU yang telah berjaya himpunkan 80 peserta khas di PBC Jitra

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


SOLAT & REFLEXOLOGY.....?????  





Kali ni kita berkongsi info tentang kebaikan duduk iftirash atau duduk ketika tahiyyat akhir. Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarajah refleksologi di atas, kita dapati kaki kanan mendapat tekanan di bahagian atas dan kaki kiri kita dapat tekanan di bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi tekanan refleksologi yang menyeluruh. Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat tekanan refleksologi untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian – Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands dan sebagainya seperti dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana mengikut sunnah dan juga kesihatan yang menyeluruh melalui ‘indirect reflexology excersize’ utk bahagian kritikal – brain, neck, throat dan sebagainya.

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad saw apabila Baginda duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)-Hadith sohih riwayat al-Bukhari.

Pengajaran dari hadith:

1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Selamat beramal dan menyampaikannya.Wallahua'lam..

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Thursday, December 3, 2009

FORUM CABARAN M.L.M.SYARIAH HPA
BERTEMPAT : HPA CAWANGAN BUKIT MERTAJAM..


Di pengurusikan oleh PJ Jumali Salan..


Penceramah yang amat berpengalaman
PJS CIKGU NAZRI AHMAD & PJS CIKGU ISMAIL OTHMAN
Upline & Downline yang serasi bersama...mcm tajuk lagu la pulak..hehe


Di antara pemimpin naungan KPU yang turut hadir..


Motivator hebat KPU
PJS ZANBLI ABD RASHID & PJS SABRI AHMAD



Antara pemimpin dan pengedar yang hadir..


AddThis Social Bookmark Button

Email this post


EMOSI & PENYAKIT.....!!!!!  




Emosi rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita...

EMOSI &
KESANNYA

Kondem Orang - Pengerasan ateri dan sakit tekak

Domineering, menguasai, menganiaya -Sakit belakang

Cynical, sindiran - Bongkok

Menahan marah, memendam rasa - Sakit semua bahagian belakang

Menanggung masalah sendiri/orang lain - Lenguh bahagian belakang

Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan, - Kanser cemburu, kebencian,

Amalan sikap negatif, menyimpan sesuatu - Sembelit

Menyampah kepada seseorang - Batuk

Kerakusan kasih - Jantung dan paru-paru

Minda yang tiada tolak ansur - Sakit sendi

Memendam emosi - Sakit pinggang

Kekesalan - Hati (liver)

Ketegangan emosi - Tengkuk tegang

Penyedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan - Pankreas

Komplen - Organ seks

Dendam - Gastrik

KESIMPULANNYA

Sebagai manusia kita tak dapat lari dari mengalami satu atau semua keadaan emosi diatas. Namun demikian Nabi S.A.W mengingatkan supaya kita bersederhana dalam semua hal.

Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.

Waallahualam..
Emosi rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09