Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

MANDI JANGAN TAK MANDI......  

Wednesday, December 2, 2009







KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan set garam rawatan kaki seperti yang terdapat di cawangan HPA seluruh negara. Selepas itu basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Wallahualam

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Resdung Berkaitan Dengan Kerosakan Gigi..!!!!  

Tuesday, December 1, 2009




Rongga sinus ialah rongga yang terdapat dalam tulang pipi dan dahi. Ia mempunyai hubungan dengan hidung. Oleh sebab itu, tanda-tanda penyakit sinusitis adalah berkaitan dengan hidung seperti hidung berhingus, tersumbat dan berbau busuk.

Tetapi tahukah anda bahawa penyakit sinusitis atau resdung ini mempunyai kaitan dengan kerosakan gigi?

Sebenarnya kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas merupakan salah satu punca utama penyakit sinusitis.

Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke dalam rongga sinus menyebabkan sinusitis. Ini adalah kerana kedudukan gigi bahagian atas (upper jaw) yang amat dekat dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat dalam tulang pipi (mixillary sinus) merupakan rongga sinus yang paling sering mendapat sinusitis akibat dari kerosakan gigi paling atas.

Gigi paling atas mempunyai akar yang panjang di dalam tulang gusi. Kadangkala akar gigi tersebut terlalu panjang sehingga ia menembus rongga sinus maxillary yang terdapat di dalam tulang pipi.

Oleh itu sebarang kerosakan atau jangkitan pada akar gigi dengan mudah merebak ke rongga tersebut menyebabkan 'sinusitis'.

Apakah perkara-perkara yang berlaku pada gigi bahagian atas yang boleh menyebabkan sinusitis? Di antara punca utama ialah mencabut gigi. Mencabut gigi meninggalkan kesan lubang pada gusi.

Jika akar gigi tersebut panjang, lubangnya akan terlalu dalam sehingga boleh menghubungkan rongga sinus maxillary dan mulut.

Akibatnya, kuman atau bakteria dari mulut boleh merebak di rongga sinus menyebabkan sinusitis. Biasanya lubang tersebut akan pulih dan ditutup semula melalui rawatan ubat-ubatan.

Tetapi jika lubang berterusan ia boleh mengakibatkan 'fistula' di mana bahan makanan yang dikunyah atau air minuman boleh keluar melalui hidung. Sebaliknya, nanah dari dalam rongga sinus pula boleh meleleh melalui lubang tersebut ke dalam mulut.

Selain mencabut gigi, prosedur menampal gigi atau menanam gigi prostesis juga boleh menyebabkan sinusitis. Oleh itu, seseorang yang menjalani sebarang prosedur pada gigi bahagian atas haruslah waspada dan prihatin terhadap kemungkinan berlaku sinusitis atau resdung.

Tanda-tanda penyakit sinusitis biasanya mula timbul seminggu atau dua minggu selepas prosedur pada gigi dilakukan. Biasanya, jika disyaki gigi tersebut boleh mengakibatkan sinusitis, doktor gigi harus memberi antibiotik kepada pesakit selama sekurang-kurangnya seminggu.

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud.

Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Sinusitis yang disebabkan oleh masalah pada gigi bahagian atas perlu mendapat rawatan tertentu untuk sembuh. Cara rawatannya harus terlebih dahulu menjurus kepada rawatan gigi kerana masalah gigi merupakan puncanya.

Oleh itu, pesakit harus berjumpa doktor gigi terlebih dahulu. Jika ia berpunca dari jangkitan kuman pada gigi, antibiotik harus diberi. Biasanya dengan rawatan gigi yang sempurna dan antibiotik, masalah sinusitis juga boleh sembuh.

Tetapi, jika sinusitis masih berterusan walaupun penyakit gigi telah sembuh, rawatan khusus untuk sinusitis harus dilakukan. Rawatan awal yang biasa dilakukan ialah mencuci rongga sinus untuk mengeluarkan hingus dan nanah.

Prosedur ini dipanggil 'antral washout'. Prosedur ini mungkin terpaksa dilakukan berulang kali sehingga rongga sinus betul-betul bersih dari jangkitan.


Jika ia masih belum sembuh, rawatan pada peringkat seterusnya memerlukan pembedahan sinus. Melalui pembedahan di antara bibir dan gusi bahagian atas, pakar bedah dapat meneroka ke dalam rongga sinus maxillary dan mengeluarkan segala kotoran dan kulit dalam sinus yang berpenyakit.

Kadangkala akan terdapat serpihan gigi atau bahan menampal gigi yang berada di dalam rongga sinus.

Melalui pembedahan ini juga jika terdapat lubang antara rongga sinus dan gusi boleh ditutup.

Oleh itu semua pesakit yang memerlukan rawatan pada gigi bahagian atas harus berwaspada dan peka terhadap kemungkinan berlaku sinusitis agar langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan dan rawatan awal dibuat.

Oleh: PROF. MADYA DR. LOKMAN SAIM

AWAS DAN BERI PERHATIAN UNTUK RAWATAN JUMPA PERAWAT/HERBALIS TERLATIH UNTUK SET RESDUNG ANDA......WASALAMMU....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


SARAF TAPAK TANGAN  

Monday, November 30, 2009





Kita temui pelbagai gaya bersalam dan apabila kita amati lebih lanjut, pelbagai keadaan tapak tangan, ada yang sejuk, ada yang hangat ada yang kering, ada yang lembab dan ada juga yang basah.

Apa hikmahnya Allah menjadikan tapak tangan manusia sebegitu rupa?. Berkenaan gaya bersalam, insya-Allah akan saya kupas pada satu masa lain. Kali ini saya ingin mengupas berkenaan tapak tangan yang kering dan basah atau lembab..

Pada kira-kira lebih beberapa tahun lalu, saya di ajar satu perkara iaitu berkenaan tapak tangan kering, basah atau lembab. Allah menjadikannya sedemikian sebagai satu simptom untuk mengenali sesuatu keadaan penyakit pada penghidapnya. Kalau tapak tangan kering dan hangat ia menggambarkan orang yang sihat dan sebaliknya orang yang tapak tangannya lembab atau basah adalah orang yang kurang sihat.

Begitulah cantiknya Allah. Melalui kaedah ini , seseorang rakan mudah mengenali sahabat atau saudara mereka sama ada mereka ini benar-benar sihat atau kurang sihat. Seterusnya dapatlah dinasihatkan orang ini langkah seterusnya agar keadaan kesihatan mereka akan kembali pulih.

Kira-kira beberapa bulan lalu di TV3, saya menonton satu program kesihatan 'Bersama seorang doktor Pakar". Doktor pakar tersebut menyediakan satu rawatan mengatasi masalah tersebut dengan kos rawatan sebanyak RM9000 sahaja iaitu dengan membuang bahagian tertentu di tapak tangan mereka agar masalah ini dapat diatasi. Begitulah ilmu doktor. Banyak yang mereka tahu namun banyak lagi ilmu yang mereka tidak tahu. Sebenarnya rawatan doktor ini adalah satu rawatan untuk mencacatkan tapak tangan pesakit kerana sebenarnya tapak tangan orang ini tidak mengalami sebarang masalah. Ia sekadar menggambarkan situasi kesihatan orang ini sahaja. Bila ia kembali pulih, tapak tangan ini akan insya-Allah kembali kering dan begitulah sebaliknya.

Pada 19 Sept 2009 yang lalu, saya mengambil kesempatan dalam pengajaran saya untuk menerangkan sedikit ilmu kesihatan melalui penjagaan pemakanan dan gaya hidup. Saya menceritakan mengenai keadaan tapak tangan seseorang yang mungkin kering, lembab atau basah dan dalam kes tertentu air sentiasa menitis dari hujung jari. Dalam kes ini jari agak sedikit menggeletar. Allah menjadikan situasi ini sebagai simptom gambaran tahap kesihatan seseorang di mana tapak tangan yang kering adalah tahap terbaik. Basah adalah menggambarkan tidak sihat.

Selepas saya menjelaskan ilmu ini, dua orang pelajar perempuan saya menceritakan pengalaman mereka. Kedua-dua mereka menceritakan bahawa beberapa tahun lalu, tapak tangan mereka basah dan sentiasa nampak air pada tapak tangan mereka dan kini tapak tangan mereka sudah kering. Salah seorang menambah lagi bahawa dahulu beliau sangat gemuk dan kini sudah cantik slim. Kedua-dua mereka bercerita bahawa dahulu mereka sangat suka makan junk food dan kini sudah memberhentikan amalan pemakanan yang tidak sihat ini.

Begitulah tapak tangan sememangnya boleh kering dan boleh basah. Mengapa bahagian tertentu tapak tangan perlu dibedah dan dibuang ??

Keadaan tapak tangan yang basah / lembab memberitahu pemiliknya bahawa jantung dan atau paru-paru mereka sedang mengalami masalah. Berusahalah untuk memulihkan situasi ini.

Memadailah sekadar saya ingin memberitahu di sini agar janganlah suka makan junk food, mandi malam, minum air batu, pengambilan fast food dan sebagainya.Pelbagai set rawatan di sediakan oleh HPA dan anda boleh dapatkan serta khidmat nasihat dari para perawat terlatih. Anda pasti berasa selesa dan sihat untuk terus bersama HPA....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


RADANG SINUS & RESDUNG KRONIK  

Sunday, November 29, 2009


Apa itu sinus?
Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.


Radang sinus?

Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:

>> Radang sinus akut
>> Radang sinus kronik
SEBAB NYA
a. Virus
b.Bakteria
c.Kulat
BERSAMBUNG.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


RAHSIA TEH MANJAKANI....HPA  

Saturday, November 28, 2009







Teh Herba Manjakani & Kacip Fatimah



Labisa pumila atau lebih dikenali sebagai Kacip Fatimah di kalangan masyarakat Melayu ialah tumbuhan herba berkayu yang tumbuh liar dan senang dijumpai di Malaysia dan Thailand yang terdiri daripada hutan hujan khatulistiwa pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut kerana kedudukan kawasan seperti ini yang redup dan mempunyai kandungan humus yang tinggi serta tidak menakung air. Kacip Fatimah boleh membiak dengan dua cara iaitu biji benih dan keratan akar. Tiga jenis variasi Kacip Fatimah yang boleh dijumpai di Malaysia ialah Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.

Namanya sedemikian rupa menyerlahkan ciri-ciri wanita bangsawan yang mementingkan gaya hidup sihat dan bersemangat tinggi sesuai dengan khasiat yang dimilikinya

KHASIAT KACIP FATIMAH

Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki melalui;
1.Mencegah pembiakkan sel prakanser
2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
4. Melewatkan proses penuaan.
5. Masalah keputihan
6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
9. Membantu dalam pengecutan rahim
10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
12. Mengurangkan simptom sakit buasir, rheumatism dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
13. Gonorrhea dan cirit birit.
14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..
15. Mengembalikan rambut yang telah rosak dan mengatasi constipation.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


MUDAH DENGAN HPA.....  

Friday, November 27, 2009




Minda Semua Ingin Mudah

Terdapat cara di kalangan kita berfikir semua ingin mudah, tidak ingin bersusah payah. Maka sebab itu terdapat risalah yang disebarkan oleh orang tertentu di masjid atau di surau rehat dan rawat mengajak untuk bantu membantu antara satu dengan yang lain. Isikan borang yang pertama dan tidak lupa 'sedekahkan' wang dalam jumlah tertentu ke dalam akaun bank peserta pertama dan kedua. Disertakan sekali ayat al Quran dan hadith (untuk memantapkan hujjahnya). Diberikan senarai testimoni peserta yang telah berjaya mendapat ribuan ringgit untuk melangsaikan hutang dan sebagainya. Padahal sikap seperti inilah yang menjadikan manusia malas untuk berusaha. Hanya duduk diam, cukup bulan jenguk dalam mesin ATM berapa puluh ribu yang akan diterimanya hasil dari 'bantuan' orang lain. Berapa ramai yang terkena minda seperti ini?

Hendak Belajar ? Search Sahaja Dalam Google

Betul, memang mudah sangat untuk belajar sekarang ini. Taip sahaja di bahagian google search dan apa sahaja ilmu yang diingini akan dapat dengan mudah. Ada seorang user memberitahu untuk menjatuhkan hukum cukup dengan cari hadith sahih dalam internet kemudian sudah boleh berhukum. Padahal hadith sahih itu sendiri ada martabatnya dan syarahnya. Lalu lahirlah tukang-tukang pemberi fatwa yang sesat dengan pemikirannya sendiri akibat agama itu diliberalisasikan atas nama agama itu mudah. Lihatlah - berapa ramai yang terlibat dalam golongan anti hadith, rasul melayu dan banyak lagi fahaman yang menyeleweng.

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Seseorang itu tidak akan menjadi cendiakawan hanya dengan melayari internet tanpa ada asas ilmu. Belajar tanpa guru hanya menjadikan seseorang itu 'kepeningan' dalam fikirannya sendiri tanpa panduan. Barulah di sini akan ada bandingan apa yang dinamakan kualiti.

Hendak Kaya Bukan Dengan Duduk Diam

Ada satu bentuk pemikiran baru untuk kaya dengan mudah. Iaitu dengan melaburkan duit dengan jumlah tertentu, dan tunggu sehingga cukup bulan. Duit akan bertambah, tidak perlu kerja. Duit akan masuk setiap hari. Dan selepas itu bolehlah berangan untuk terbang ke angkasa biru, membeli belah, rumah besar dan sebagainya.

Bila dikaji dan disemak sejarah orang yang berjaya dan kaya raya. Mereka berusaha dengan titik peluh sendiri. Amat sedikit orang yang kaya dengan sebab harta pusaka. Itupun sekiranya tidak diurusi dengan ilmu. Alamat sekelip mata boleh papa kedana.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary mula berniaga pada umurnya 19 tahun dalam jual beli lembu dan kerbau. Semasa menerima gaji pertamanya sebanyak RM 1,500, sebahagiannya telah diserahkan kepada orang miskin. Dan kini ia mempunyai harta bernilai RM 4.16 billion di mana sebahagian besarnya juga telah 'dikembalikan' semula kepada orang Islam yang memerlukan. Cantiknya beliau adalah sikapnya tidak mendabik dada. Apatah lagi untuk duduk berdiam diri tanpa berbuat apa-apa dengan menunggu duit turun dari langit.

Dakwah Perlu Dengan Usaha Dan Ada Susah Payah

Tiada jalan singkat untuk menyebarkan dakwah sambil mengharapkan apa yang disampaikan pasti orang akan terima dan tunduk. Kerana manusia mempunyai akal fikiran yang selalu memberi alasan dan mencari sebab dan musabab. Sehinggalah mulutnya terkunci nanti kerana habis riwayat kehidupan.

RasuluLLah tidak pernah berhenti untuk menyampaikan risalah ALlah, asanya tidak pernah putus dalam mendakwahi bapa saudaranya sehingga beliau (bapa saudaranya) meninggal dunia. Dakwah yang paling ringan walaupun dengan menunjukkan akhlaq yang baik, hendaklah berterusan. Dakwah itu ada seninya, cara bercakap, pendekatan, pendek kata :

1. Tahu dengan siapa kita berdakwah
2. Apa latarbelakangnya - keluarga, pendidikan agama
3. Budayanya
4. Cara berfikir
5. Umurnya - kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua
6. Keadaan dan suasana

Lihatlah, ada insan yang tercicir dalam perjuangan dakwah. Menyebabkan mad'u lari, menimbulkan permusuhan, kecelaruan dan kekeliruan. Barulah nampak di sini - pentingnya belajar dan kefahaman.

Pada akhirnya - dalam perjalanan hidup yang singkat ini. Benar... orang yang berjuang di jalan-Nya akan merasa seolah-olah sempit jiwa. Tetapi bila dikenang bahawa di dalam kesulitan itu ada kemudahan. Barulah merasa bahawa ALlah sentiasa menolongnya... ALlahu ALlah.Terdapat pelbagai kaedah kursus dan taklimat HPA untuk mudahkan perniagaan anda.Mari bersama kami....Mari bersama kami....Ini lah jalan kami...Wassalamu....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


RAYA DATANG LAGI  

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA'

Hujan sangat lebat dan banjir besar melanda Arab Saudi. Menurut Gulfnews, 13 orang terkorban dan ribuan jemaah haji terperangkap di bandaraya Jeddah, Rabu (25/11).

Kita bersyukur dengan Rahmat nya di hari raya ini pohon pengorbanan dari semua...Wassalamu....ALLAHUAKBAR WALLILLAHILHAM....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09