HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE
HP NC6230
Tuesday, March 5, 2013
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postIBM INTEL CENTRINO
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postTAMAR KOKO.....lazat tak terkata
Saturday, June 9, 2012
KURMA dengan Zat besi sangat
sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
Kandungan salasilat (sejenis zat yang
menyerupai aspirin) dalam kurma boleh
bertindak seperti ubat kerana ia mampu
mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangan dan menurunkan tekanan darah.
Kurma kaya dengan khasiat protein, serat, glukosa, vitamin A&C,
sodium serta potassium.Kurma membantu proses pembesaran,
merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi.
KOKO apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan
menjadi minuman yang berkhasiat.Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavonoids.
Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan serta melambatkan proses penuaan.
HARGA :
RM 20.00 (sem)
RM 23.00 (S/S)
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postAKUPUNTUR RAWATAN BERKESAN
Wednesday, February 29, 2012
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postMEMBETULKAN DIRI KE ARAH KEJAYAAN
Tuesday, February 28, 2012
MEMBETULKAN DIRI KE ARAH KEJAYAAN.........
Penghalang utama ke arah kejayaan kita adalah perasaan tidak mampu mencapai kejayaan yang gemilang. Sikap ini berpunca daripada banyak elemen yang mendorong akal kita supaya berfikir seperti individu cukup makan.
Bagi lebih memahami elemen-elemen terbabit, kita perlu mengimbau kembali zaman kanak-kanak kita. Sebagai kanak-kanak, kita semua pasti memiliki cita-cita yang menggunung tinggi. Pada usia itu, kita sudah merancang menakluki medan-medan asing, menjadi pemimpin, mencapai kedudukan yang tinggi, melakukan perkara yang hebat, menjadi kaya, dan sebagainya. Pendek kata, pada usia itu, kita ingin menjadi yang terbaik.
Tetapi kemudian, apa yang berlaku? Lama sebelum kita mencapai umur bagi mendapat apa yang kita inginkan, elemen-elemen penghalang mula menampakkan diri.
Apakah elemen itu? Pernyataan-pernyataan negatif seperti begini:
- “Tiada gunanya kamu bercita-cita tinggi.”
- “Idea awak itu bodoh dan tidak praktikal.”
- “Kalau mahu berjaya, kamu perlu ada duit terlebih dahulu.”
- “Nasib menentukan kejayaan kita.”
- “Kalau tidak kenal orang dalam, jangan harap boleh berjaya.”
- “Awak masih muda lagi.”
Disebabkan diserbu seribu macam pernyataan yang negatif begini, maka kebanyakan orang dapat dikelaskan kepada tiga kumpulan, iaitu:
Kumpulan Pertama, mereka yang menyerah diri secara total. Majoriti ahli masyarakat yakin yang mereka tidak memiliki apa yang diperlukan bagi mencapai kejayaan. Mereka yakin dengan kejayaan adalah milik orang lain yang lebih bernasib baik. Ahli kumpulan ini mudah dikenal pasti. Ini kerana mereka sentiasa berusaha merasionalkan kedudukan mereka sekarang dan cuba sedaya upaya menjelaskan betapa puas hati dan ‘gembiranya’ mereka dengan hidup mereka.
Sebenarnya, mereka yang tergolong dalam kumpulan ini adalah lawan kepada golongan yang sentiasa bertukar kerja dengan alasan mencari peluang baru. Kedua-dua keadaan ini adalah keadaan yang negatif. Hal ini kerana apabila sentiasa bertukar kerja, tiada siapa yang yakin dengan kemampuan sebenar diri kita.
Kumpulan Kedua, mereka yang menyerah, tetapi tidak secara total. Kumpulan kedua adalah mereka yang memulakan alam dewasa dengan semangat mahu menikmati kejayaan. Mereka mempersiapkan diri dan berusaha ke arah kejayaan. Mereka juga menyusun strategi dan rancangan. Tetapi mungkin selepas sedekad, di kala cabaran dan persaingan bagi meraih kejayaan itu kian sengit, mereka mula patah semangat dan mengalah. Mereka lantas memutuskan yang tidak berbaloi mereka mengejar kejayaan yang lebih besar.
Rasional mereka adalah, “Pendapatan saya sekarang pun lebih tinggi daripada orang biasa dan gaya hidup saya juga sudah cukup mewah. Jadi, apa perlunya saya menyusahkan diri lagi mengejar sesuatu yang belum pasti?”
Sebenarnya, kumpulan ini dihantui pelbagai jenis ketakutan seperti takut gagal, takut pada pandangan masyarakat, takut pada ketiadaan jaminan hidup, dan takut mereka kehilangan segala yang diusahakan selama ini. Jauh di sudut hati mereka, mereka juga sebenarnya tidak berpuas hati kerana mereka tahu yang mereka sudah menyerah kalah. Antara mereka yang tergolong dalam kumpulan ini adalah cerdik pandai yang hanya merangkak dalam hidup kerana mereka tidak berani berdiri dan berlari.
Kumpulan Ketiga, mereka yang tidak mungkin menyerah kalah. Hanya dua atau tiga peratus daripada kita yang tergolong dalam kumpulan ini. Ahli kumpulan ketiga ini mempunyai ciri-ciri berikut:
- Tidak membenarkan sikap pesimis menguasai hidup mereka
- Enggan menyerah kalah kepada unsur-unsur negatif dalam hidup mereka
- Enggan mengharungi kehidupan dengan hanya ‘cukup makan’
- Sebati dengan konsep kejayaan
Antara ketiga-tiga kumpulan, ahli kumpulan ini adalah yang gembira. Hal ini kerana, kejayaan yang mereka nikmati adalah besar. Mereka adalah individu yang sering menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Bagi mereka, hari-hari yang berlalu adalah peluang untuk mereka meneruskan hidup dalam kejayaan dan meningkatkan lagi kejayaan mereka. Mereka yakin, sekiranya ada impian, ada kejayaan.
Sudah tentu kita semua ingin berada dalam kumpulan yang ketiga ini, bukan?
Walau bagaimanapun, bagi memasuki dan kekal dalam kumpulan ketiga ini, kita perlu sentiasa memerangi segala elemen negatif yang berpunca daripada persekitaran kita. Katakan kita memberitahu rakan-rakan ‘cukup makan’ kita, “Suatu hari nanti, saya pasti menjadi antara pemimpin tertinggi dalam organisasi ini.”
Apakah yang berlaku? Kawan-kawan kita yang berada dalam kumpulan pertama atau kedua tadi pasti mentertawakan kita dan menganggap kita sudah menjadi seperti Mat Jenin. Mereka pasti menjawab, “Kamu terlalu naïf. Masakan ia boleh berlaku.”
Apa yang berlaku sekiranya kita menyatakan impian yang sama kepada presiden syarikat tempat kita bekerja? Apakah reaksi yang mungkin kita jangkakan? Yang pastinya dia tidak mentertawakan kita. Dia mungkin merenung kita dan bertanya dalam hati,”Adakah dia ini benar-benar serius?”
Tetapi dia tidak mentertawakan kita.
Ini kerana mereka yang berjiwa besar tidak mentertawakan idea-idea besar. Jadi, biarkan sahaja orang yang berjiwa kerdil dengan pandangan kecil mereka.
Dalam situasi yang lain pula, katakan kita memberitahu kawan-kawan kita yang kita ingin memiliki rumah banglo yang mahal. Mereka mungkin mentertawakan kita kerana mereka merasakan itu adalah impian yang mustahil dicapai. Tetapi cuba beritahu impian kita itu kepada orang yang kini sedang tinggal di dalam rumah banglo yang mahal. Dia pasti tidak mentertawakan impian yang kita panjatkan itu, kerana dia tahu impian itu mampu dicapai. Dia sendiri sudah berjaya mencapainya, jadi orang lain pun boleh juga.
Ingat, orang yang memberitahu kita sesuatu itu mustahil dicapai sudah pasti orang yang tidak berjaya ataupun pencapaian mereka ‘cukup makan’ sahaja. Berhati-hati kerana mereka ini ibarat duri dalam daging.
Bina pertahanan daripada asakan pendapat mereka yang cuba meyakinkan kita yang cita-cita kita mustahil dicapai. Sebaliknya, anggap nasihat negatif itu sebagai cabaran untuk kita membuktikan kebolehan kita.
Jangan biarkan pendapat individu yang negatif meracuni fikiran kita dan menghalang kita dari terus memiliki pemikiran orang yang berjaya. Kita perlu tahu yang individu-individu negatif ini ada di mana-mana dan ‘kerja’ mereka memang melemahkan semangat orang lain.
Kita perlu berwaspada, jangan biarkan orang seperti ini menghancurkan rancangan kita bagi mencapai kejayaan. Ya, kita dipengaruhi pergaulan kita, yakni kawan-kawan kita. Dalam hidup bermasyarakat, kita perlu tahu ada orang yang positif dan ada orang yang negatif. Sesetengah orang bekerja kerana sekadar ingin menyara hidup, manakala ada yang bekerja demi mencapai kejayaan dan kedudukan yang tinggi. Di tempat kerja, sesetengah orang mempersoalkan setiap arahan dan tindakan bos, manakala ada yang menilai segala arahan dan tindakan yang bos lakukan secara objektif. Mereka juga sedia maklum sebelum dapat menjadi pemimpin yang baik, mereka terlebih dahulu harus menjadi pengikut yang baik.
Cara kita berfikir banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan kita. Jadi, pastikan kita berkawan dengan golongan yang cemerlang pemikirannya. Dalam konteks agama, kawan yang baik membawa ke syurga, kawan yang jahat membawa ke neraka.
Di tempat kerja, berhati-hati kerana ada individu yang sedar mereka kurang berjaya dan pada masa yang sama, mereka tidak mahu orang lain berjaya. Ramai yang ingin berjaya dalam kerjaya mereka ditertawakan, malah diugut apabila cuba menghasilkan output yang lebih baik. Itu adalah hakikatnya. Memang ada orang yang hatinya penuh dengan iri hati. Mereka mahu memalukan kita semata-mata kerana kita mahu berjaya dalam kerjaya yang diceburi.
Ini berlaku di kilang, di mana pekerja membenci pekerja lain yang mahu mempercepatkan pengeluaran. Ia juga berlaku di pusat latihan tentera, iaitu apabila ada askar yang diejek hanya kerana dia mahu melanjutkan pelajaran dan menjadi pegawai.
Perkara yang sama juga berlaku dalam dunia perniagaan, iaitu apabila individu yang tidak berkelayakan cuba menghalang orang lain daripada berjaya.
Abaikan segala kata-kata nista ini.
Sedarlah yang kata-kata ini sebenarnya gambaran emosi penyampainya yang merasa diri mereka sendiri gagal dan tiada harga diri.
Usah biarkan mereka yang berfikiran negatif mengekang kejayaan kita. Jangan ambil pusing segala pernyataan mereka. Sebaliknya, berkawan baik dengan mereka yang berfikiran positif, dan bergerak maju bersama-sama mereka.
Ya, kita mampu melakukannya, asalkan kita berfikir dengan betul!
Sumber : David J. Schwartz.2010. The Magic Of Thinking Big. Selangor; PTS Professional Publishing
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postKIROPRAKTIK.....BETULKAN TULANG ANDA
Monday, February 27, 2012


by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postGAGAL TAPI JUARA
Wednesday, March 16, 2011
Ayahku merupakan seorang ahli peninju. Setiap kali bila bertinju pasti lawannya tumbang. Tumbukan yang kuat membuatkan lawan sentiasa berwaspada dan gerun. Dek kata orang sekeliling bila adanya pertandingan tinju je mesti ada ayah. Tak dak orang lain dah.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari ayah di undang oleh seseorang untuk bersama2 mengikuti pertandingan tinju. Pada mulanya kami sangkakan pertandingan tinju biasa ja. Tetapi, alangkah terkejutnya kami apabila mengetahui pertandingan ini bukan sebarang anjuran biasa. Apa orang kampung kata...World Of Champions.....Waw....dasyatnya, sapa diriku sendirian.
Aku dan ayah teramat teruja sekali. Tak pernah kami bayangkan untuk memasuki pertandingan sebesar ini.
Aku dan ayah berbisik...pasti ayah menang.... Ayah tersenyum sinis sambil berkata ;
"Dengan ini ayah bersara dari sukan tinju." Alangkah terkejut beruknya aku bila mendengar kata2 ayah dan kecewanya aku. Ayah berkata lagi : "Hari ini ayah nak melihat kamu tinju pula".
Lagi terkejut aku dan tergamam. Lalu aku berkata :
"Sebelum ni saya melihat je ayah bertinju dan hanya mengikuti sesi latihan, Saya tak dak pengalaman sebelum2 ni. Macam mana saya nak tumbangkan lawan."
Sinis aku kepada ayah sambil memuncungkan mulut. Lalu ayah menjawab : " Awak tengok kan macamana ayah tumbangkan lawan. Jadi awak buat la macam tu. Yang penting jangan hampakan ayah. Awak mesti menang"
Jadi, mau tak mau aku tak boleh menolak cabaran ayah aku. Kini tibalah giliran aku. Namaku dipanggil...Lantas aku terus menuju ke pentas perlawanan. Di dalam fikiran aku hanya terbayangkan kemenangan saja. Loceng perlawanan pun berbunyi....Ting......Jantung ku mula berdegup kencang. Aku mula dengan langkahan pertama......baru je tak sampai satu minit aku rebah di atas pentas disebabkan terkena tumbukan padu dimuka aku. Aku terus rebah kebawah....waktu itu aku terbayang wajah kekecewaan ayah. selang beberapa minit aku sedar semula....Aku dapat melihat wajah ayah yang tersenyum gembira, bukannya wajah kekecewaan. Ayah maafkan saya. Saya telah mengecewakan ayah. Lalu ayah berkata: "Nak.....GAGAL TAK SEMESTINYA GAGAL SELAMANYA. GAGAL KALI PERTAMA TAPI AWAK JUARA SEBENARNYA." Awak berani sahut cabaran ayah, walaupun awak tak pernah bertinju.
"GAGAL TAPI JUARA."
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postKISAH PEKERJA MELAYU BEKERJA DI RESTORAN NON MUSLIM
Sunday, March 13, 2011
Jadi persoalannya apakah kita percaya terhadap non muslim yang menguruskan pemakanan kita pada hari ini. Apakah kita rela melepaskan bab pemakanan kepada non muslim. Kalau ikut logo halal semua boleh makan. Tapi sedarkah kita setakat mana halal ini. Sejam ka, sebulan ka, setahun ka, entah2 sehari . Kita tidak tahu. Dalam 365 hari adakah badan halal akan turun untuk membuat pemantauan, rasanya dalam 365 hari itu hanya sekali ja. Hari ni pi buat pemantau dapat dhalal. Tapi keesokan harinya sudah tidak halal.
Baik badan halal kata, syarat untuk mendapatkan sijil halal, kita letakkan pekerja muslim bekerja di tempat tersebut, sekurang2nya 2 orang. Cuma kita fikirkan, kalau pekerja muslim yang betul2 muslim tidak masalah. Kita lihat pula konsep muslim, mestilah orang yang taat pada perintah Allah. Solatnya terjaga, Akhlaknya yang elok..... Sekiranya kriteria ada pada seorang yang benar2 muslim...Insyaallah. Kalau saya la, mungkin takkan kerja la kat situ, baik cari tempat yang orang islam punya. Buat apa kerja di restoran non muslim. Cuma orang kita pada hari ini sebenarnya mungkin hentam saja lah....makan la...janji halal....last2 sekali ikut suka aku la. Perut aku. itu jawapan yang kita sering dengar.
Persoalannya disini kalau pekerja muslim yang namanya saja muslim, kalau perangainya macam setan, boleh ka kita percaya. Solatnya kadang2 buat, kadang2 tinggal, kadang2 sebulan sekali, jadi masih ka kita percaya. Terpulanglah kepada anda semua.....
Pakat2 kita fikirkan......
by sobhi_hpa@yahoo.com | 1 ulasan
Email this postLAHIR DI SEPTEMBER
Sunday, September 19, 2010
. Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
. Sangat cermat,teliti dan teratur
. Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
. Pendiam tapi pandai bercakap
. Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
. Sangat prihatin,terperinci,amanah,setia dan jujur
. Kerja yang dilakukan sangat sempurna
. Sangat sensitif yang tidak diketahui
. Orang yang banyak berfikir
. Daya penaakulan yang baik
. Otak bijak dan mudah belajar
. Suka mencari maklumat
. Kawal diri dari terlalu mengkritik
. Pandai mendorong diri sendiri
. Mudah memahami orang lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak
menyimpan rahsia
. Suka sukan,hiburan dan melancong
. Kurang menunjukan perasaannya
. Terluka hatinya kerana sangat lama disimpan
. Terlalu memilih pasangan
. Sukakan benda yang luas
. Bersistematik
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postMOHD SUKARI BIN SHARIF ...ALLAHYARHAM..
Tuesday, August 10, 2010


"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un ... " itu sahaja yang mampu saya ucapkan. Mahu saja saya ke rumah Allahyarham di Gelugor, tetapi dek kerana himpitan kerja yang kritikal, saya mewakilkan rakan menyampaikan salam dan takziah kepada keluarganya. Terkilan!
Khabar pilu itu sedikit menjejaskan emosi saya pagi itu. Sungguh tidak disangka dia pergi ketika Ramadan hampir menjelang beberapa hari lagi.
Mohd Sukari bin Sharif atau panggilan mesra kami padanya 'IR' ialah kenalan lama kami sekeluarga. Malah dia bagaikan saudara sendiri.
Baik, teramat baik orangnya. Suka meraikan sahabat handai dengan jamuan yang sentiasa meriah.
Keluarga kami menjadi erat dengannya sewaktu kursus INTIBAH...Kediamannya di Gelugor P.Pinang menjadi tempat kami menumpang keriangan. Kerana lamanya kami duduk P.Pinang dia bagaikan adik-beradik hinggakan terasa sembilu tertusuk pabila di kabarkan 'IR' telah pergi....salam sahabat ku AL-FATIHAH
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postSIAPA KAH FAISAL HUSSAIN WONG....WONG FEI HONG?????
Wednesday, August 4, 2010
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.
Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.
Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.
Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.
Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.
Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this post
































