HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE
HP NC6230
Tuesday, March 5, 2013
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postIBM INTEL CENTRINO
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postTAMAR KOKO.....lazat tak terkata
Saturday, June 9, 2012
KURMA dengan Zat besi sangat
sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
Kandungan salasilat (sejenis zat yang
menyerupai aspirin) dalam kurma boleh
bertindak seperti ubat kerana ia mampu
mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangan dan menurunkan tekanan darah.
Kurma kaya dengan khasiat protein, serat, glukosa, vitamin A&C,
sodium serta potassium.Kurma membantu proses pembesaran,
merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi.
KOKO apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan
menjadi minuman yang berkhasiat.Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavonoids.
Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan serta melambatkan proses penuaan.
HARGA :
RM 20.00 (sem)
RM 23.00 (S/S)
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postAKUPUNTUR RAWATAN BERKESAN
Wednesday, February 29, 2012
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postMEMBETULKAN DIRI KE ARAH KEJAYAAN
Tuesday, February 28, 2012
MEMBETULKAN DIRI KE ARAH KEJAYAAN.........
Penghalang utama ke arah kejayaan kita adalah perasaan tidak mampu mencapai kejayaan yang gemilang. Sikap ini berpunca daripada banyak elemen yang mendorong akal kita supaya berfikir seperti individu cukup makan.
Bagi lebih memahami elemen-elemen terbabit, kita perlu mengimbau kembali zaman kanak-kanak kita. Sebagai kanak-kanak, kita semua pasti memiliki cita-cita yang menggunung tinggi. Pada usia itu, kita sudah merancang menakluki medan-medan asing, menjadi pemimpin, mencapai kedudukan yang tinggi, melakukan perkara yang hebat, menjadi kaya, dan sebagainya. Pendek kata, pada usia itu, kita ingin menjadi yang terbaik.
Tetapi kemudian, apa yang berlaku? Lama sebelum kita mencapai umur bagi mendapat apa yang kita inginkan, elemen-elemen penghalang mula menampakkan diri.
Apakah elemen itu? Pernyataan-pernyataan negatif seperti begini:
- “Tiada gunanya kamu bercita-cita tinggi.”
- “Idea awak itu bodoh dan tidak praktikal.”
- “Kalau mahu berjaya, kamu perlu ada duit terlebih dahulu.”
- “Nasib menentukan kejayaan kita.”
- “Kalau tidak kenal orang dalam, jangan harap boleh berjaya.”
- “Awak masih muda lagi.”
Disebabkan diserbu seribu macam pernyataan yang negatif begini, maka kebanyakan orang dapat dikelaskan kepada tiga kumpulan, iaitu:
Kumpulan Pertama, mereka yang menyerah diri secara total. Majoriti ahli masyarakat yakin yang mereka tidak memiliki apa yang diperlukan bagi mencapai kejayaan. Mereka yakin dengan kejayaan adalah milik orang lain yang lebih bernasib baik. Ahli kumpulan ini mudah dikenal pasti. Ini kerana mereka sentiasa berusaha merasionalkan kedudukan mereka sekarang dan cuba sedaya upaya menjelaskan betapa puas hati dan ‘gembiranya’ mereka dengan hidup mereka.
Sebenarnya, mereka yang tergolong dalam kumpulan ini adalah lawan kepada golongan yang sentiasa bertukar kerja dengan alasan mencari peluang baru. Kedua-dua keadaan ini adalah keadaan yang negatif. Hal ini kerana apabila sentiasa bertukar kerja, tiada siapa yang yakin dengan kemampuan sebenar diri kita.
Kumpulan Kedua, mereka yang menyerah, tetapi tidak secara total. Kumpulan kedua adalah mereka yang memulakan alam dewasa dengan semangat mahu menikmati kejayaan. Mereka mempersiapkan diri dan berusaha ke arah kejayaan. Mereka juga menyusun strategi dan rancangan. Tetapi mungkin selepas sedekad, di kala cabaran dan persaingan bagi meraih kejayaan itu kian sengit, mereka mula patah semangat dan mengalah. Mereka lantas memutuskan yang tidak berbaloi mereka mengejar kejayaan yang lebih besar.
Rasional mereka adalah, “Pendapatan saya sekarang pun lebih tinggi daripada orang biasa dan gaya hidup saya juga sudah cukup mewah. Jadi, apa perlunya saya menyusahkan diri lagi mengejar sesuatu yang belum pasti?”
Sebenarnya, kumpulan ini dihantui pelbagai jenis ketakutan seperti takut gagal, takut pada pandangan masyarakat, takut pada ketiadaan jaminan hidup, dan takut mereka kehilangan segala yang diusahakan selama ini. Jauh di sudut hati mereka, mereka juga sebenarnya tidak berpuas hati kerana mereka tahu yang mereka sudah menyerah kalah. Antara mereka yang tergolong dalam kumpulan ini adalah cerdik pandai yang hanya merangkak dalam hidup kerana mereka tidak berani berdiri dan berlari.
Kumpulan Ketiga, mereka yang tidak mungkin menyerah kalah. Hanya dua atau tiga peratus daripada kita yang tergolong dalam kumpulan ini. Ahli kumpulan ketiga ini mempunyai ciri-ciri berikut:
- Tidak membenarkan sikap pesimis menguasai hidup mereka
- Enggan menyerah kalah kepada unsur-unsur negatif dalam hidup mereka
- Enggan mengharungi kehidupan dengan hanya ‘cukup makan’
- Sebati dengan konsep kejayaan
Antara ketiga-tiga kumpulan, ahli kumpulan ini adalah yang gembira. Hal ini kerana, kejayaan yang mereka nikmati adalah besar. Mereka adalah individu yang sering menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Bagi mereka, hari-hari yang berlalu adalah peluang untuk mereka meneruskan hidup dalam kejayaan dan meningkatkan lagi kejayaan mereka. Mereka yakin, sekiranya ada impian, ada kejayaan.
Sudah tentu kita semua ingin berada dalam kumpulan yang ketiga ini, bukan?
Walau bagaimanapun, bagi memasuki dan kekal dalam kumpulan ketiga ini, kita perlu sentiasa memerangi segala elemen negatif yang berpunca daripada persekitaran kita. Katakan kita memberitahu rakan-rakan ‘cukup makan’ kita, “Suatu hari nanti, saya pasti menjadi antara pemimpin tertinggi dalam organisasi ini.”
Apakah yang berlaku? Kawan-kawan kita yang berada dalam kumpulan pertama atau kedua tadi pasti mentertawakan kita dan menganggap kita sudah menjadi seperti Mat Jenin. Mereka pasti menjawab, “Kamu terlalu naïf. Masakan ia boleh berlaku.”
Apa yang berlaku sekiranya kita menyatakan impian yang sama kepada presiden syarikat tempat kita bekerja? Apakah reaksi yang mungkin kita jangkakan? Yang pastinya dia tidak mentertawakan kita. Dia mungkin merenung kita dan bertanya dalam hati,”Adakah dia ini benar-benar serius?”
Tetapi dia tidak mentertawakan kita.
Ini kerana mereka yang berjiwa besar tidak mentertawakan idea-idea besar. Jadi, biarkan sahaja orang yang berjiwa kerdil dengan pandangan kecil mereka.
Dalam situasi yang lain pula, katakan kita memberitahu kawan-kawan kita yang kita ingin memiliki rumah banglo yang mahal. Mereka mungkin mentertawakan kita kerana mereka merasakan itu adalah impian yang mustahil dicapai. Tetapi cuba beritahu impian kita itu kepada orang yang kini sedang tinggal di dalam rumah banglo yang mahal. Dia pasti tidak mentertawakan impian yang kita panjatkan itu, kerana dia tahu impian itu mampu dicapai. Dia sendiri sudah berjaya mencapainya, jadi orang lain pun boleh juga.
Ingat, orang yang memberitahu kita sesuatu itu mustahil dicapai sudah pasti orang yang tidak berjaya ataupun pencapaian mereka ‘cukup makan’ sahaja. Berhati-hati kerana mereka ini ibarat duri dalam daging.
Bina pertahanan daripada asakan pendapat mereka yang cuba meyakinkan kita yang cita-cita kita mustahil dicapai. Sebaliknya, anggap nasihat negatif itu sebagai cabaran untuk kita membuktikan kebolehan kita.
Jangan biarkan pendapat individu yang negatif meracuni fikiran kita dan menghalang kita dari terus memiliki pemikiran orang yang berjaya. Kita perlu tahu yang individu-individu negatif ini ada di mana-mana dan ‘kerja’ mereka memang melemahkan semangat orang lain.
Kita perlu berwaspada, jangan biarkan orang seperti ini menghancurkan rancangan kita bagi mencapai kejayaan. Ya, kita dipengaruhi pergaulan kita, yakni kawan-kawan kita. Dalam hidup bermasyarakat, kita perlu tahu ada orang yang positif dan ada orang yang negatif. Sesetengah orang bekerja kerana sekadar ingin menyara hidup, manakala ada yang bekerja demi mencapai kejayaan dan kedudukan yang tinggi. Di tempat kerja, sesetengah orang mempersoalkan setiap arahan dan tindakan bos, manakala ada yang menilai segala arahan dan tindakan yang bos lakukan secara objektif. Mereka juga sedia maklum sebelum dapat menjadi pemimpin yang baik, mereka terlebih dahulu harus menjadi pengikut yang baik.
Cara kita berfikir banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan kita. Jadi, pastikan kita berkawan dengan golongan yang cemerlang pemikirannya. Dalam konteks agama, kawan yang baik membawa ke syurga, kawan yang jahat membawa ke neraka.
Di tempat kerja, berhati-hati kerana ada individu yang sedar mereka kurang berjaya dan pada masa yang sama, mereka tidak mahu orang lain berjaya. Ramai yang ingin berjaya dalam kerjaya mereka ditertawakan, malah diugut apabila cuba menghasilkan output yang lebih baik. Itu adalah hakikatnya. Memang ada orang yang hatinya penuh dengan iri hati. Mereka mahu memalukan kita semata-mata kerana kita mahu berjaya dalam kerjaya yang diceburi.
Ini berlaku di kilang, di mana pekerja membenci pekerja lain yang mahu mempercepatkan pengeluaran. Ia juga berlaku di pusat latihan tentera, iaitu apabila ada askar yang diejek hanya kerana dia mahu melanjutkan pelajaran dan menjadi pegawai.
Perkara yang sama juga berlaku dalam dunia perniagaan, iaitu apabila individu yang tidak berkelayakan cuba menghalang orang lain daripada berjaya.
Abaikan segala kata-kata nista ini.
Sedarlah yang kata-kata ini sebenarnya gambaran emosi penyampainya yang merasa diri mereka sendiri gagal dan tiada harga diri.
Usah biarkan mereka yang berfikiran negatif mengekang kejayaan kita. Jangan ambil pusing segala pernyataan mereka. Sebaliknya, berkawan baik dengan mereka yang berfikiran positif, dan bergerak maju bersama-sama mereka.
Ya, kita mampu melakukannya, asalkan kita berfikir dengan betul!
Sumber : David J. Schwartz.2010. The Magic Of Thinking Big. Selangor; PTS Professional Publishing
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this post