Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

HATI TIKUS????  

Saturday, February 27, 2010


Adakah Hati Anda masih seperti hati tikus.....???




1. Tikus takut pada cahaya




2. Tikus takut dengan ruang lapang




3. Tikus suka menyorok di lubang gelap yang paling dalam




4. Tikus suka tempat tersorok, sempit dan busuk




Jadi, adakah kita masih malu untuk berhadapan dengan manusia untuk memperjuangkan produk halal. Masih lagikah kita masih tersorok ke belakang dan hanya mampu duduk di barisan yang orang lain tidak nampak. Kalau...Kalau... boleh muka ini jangan sampai dikenali orang....




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :




"Rasa takut (segan) kepada manusia jangan sampai mencegah seseorang apabila mengetahui sesuatu yang hak untuk menegakkannya."


(R.w Ahmad)



Apakah makhluk ini bayangan diri anda dan hati anda????

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


PERNIAGAAN INI....HPA LAHIRKAN USAHAWAN  

Monday, February 22, 2010



Mari kita lihat sikap orang melayu. Orang melayu (segelintir sahaja) kalau dilihat, suka sangat meniru sesuatu seperti contoh meniru tindak tanduk orang Cina. Antaranya jika ada orang Cina suka nombor 8, mereka ini pasti akan terikut-ikut. Nombor plat kereta nombor 8, alamat rumah nombor 8, jam tangan ada 8, pintu rumah ada 8 dan macam-macam yang 8 lagi. Mereka percaya dengan nombor 8 akan membawa tuah dan kekayaan tanpa mereka sedar apa sebenarnya yang mereka lakukan. (kepada mereka yang muslim, ia boleh mendekatkan kurafat)

Kalau dikaji semula (setelah bertanya kepada seorang jutawan berbangsa Tionghua, nombor 8 ada rahsianya yang tersendiri). Menurut jutawan ini, nombor 8 atau kaya dalam bahasa Cina, datangnya dari bekerja 16 jam sehari, 7 hari seminggu dan selama 3 tahun.

Formulanya ialah seperti di bawah.

Itulah rahsia nombor 8. Ini bererti bekerja selama 16 jam sehari, 7 hari seminggu selama 3 tahun berturut-turut diperlukan jika anda ingin berjaya. Ini kerana jika tidak usaha tersebut hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Kita sebagai orang Melayu selalunya dipalitkan dengan imej hangat-hangat tahi ayam. Ia adalah satu penghinaan tetapi itulah hakikatnya. Kita banyak meniru orang lain, tanpa kita sedar sebenarnya orang Melayu juga adalah orang yang gagah seperti pepatah genggam bara api, biar sampai jadi abu.

Kesimpulan: Usaha yang gigih dan berterusan melambangkan kejayaan yang hebat! Biar bagaimana pun cara, kaedah dan teknik untuk anda menjadi jutawan, pastikan anda berani berhadapan dengan risiko. Risiko dalam mengecapai kebebasan kewangan sentiasa ada dimana-mana. Bagaimana anda ingin meninggi dan merendahkan risiko, ia terletak kepada kebijaksanaan anda.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Sunday, February 21, 2010


Berhati-hati dengan Sijil Halal Swasta

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09