Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

SAKIT.....SAKIT KEPALA  

Friday, June 4, 2010

Kenali Sakit Kepala


Berdasarkan laporan Majlis Pendidikan Sakit Kepala Amerika (ACHE), dianggarkan hampir 90 peratus lelaki dan 95 peratus wanita pernah mengalami sekurang-kurangnya rasa sakit kepala seumur hidup mereka terutamanya ketika jatuh sakit, keletihan ataupun tertekan.

Sesetengah orang mengandaikan sakitnya seperti getah yang secara perlahan-lahan mengikat sekeliling kepala manakala yang lainnya pula membayangkan kesakitan mereka bertambah teruk sebaik lampu dinyalakan.

Keadaan-keadaan tersebut merupakan sebahagian deskripsi sakit kepala walaupun berbeza jenisnya - dengan migrain dan ketegangan adalah yang paling biasa daripada lebih 150 jenis kesemuanya.

Dalam pada setiap orang sekali-sekala mendapat sakit kepala, mereka yang menderita sakit kepala kronik boleh dikatakan hidup dalam serba ketakutan, menanti bila pulakah serangan seterusnya akan berlaku.

Pakar-pakar berpendapat, kunci utama merawati sakit kepala adalah dengan cara mengenal pastijenis sakit kepala anda.

Anda tidak perlu menjadi seorang neueologi untuk mula mengkelasifikasinya.

Profesor dari Ketua Jabatan Perubatan penjagaan utama, Pusat Perubatan Universiti Malaya , Datin Dr. Chia Yook Chin menghuraikan beberapa gejala sakit kepala yang paling biasa menyerang.

Sakit Kepala (rasa sakit dalam kepala) merupakan masalah kesihatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak jenisnya.

Secara umumnya, ia terbahagi kepada dua yang utama iaitu primer dan sekunder, katanya.

Menurutnya, sakit kepala primer tidak disebabkan oleh lain-lain masalah perubatan seperti sakit kepala disebabkan oleh ketegangan, migrain dan yang tertumpu.


AddThis Social Bookmark Button

Email this post


0 ulasan: to “ SAKIT.....SAKIT KEPALA

 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09