Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

Membina yakin diri bermula dari membina ketenangan  

Thursday, February 18, 2010




Yakin diri bermaksud kita ada kawalan penuh terhadap semua yang kita cakap dan semua yang kita buat.

Untuk membina sikap yakin diri, terlebih dahulu Anda kena berlatih mengawal perbuatan Anda dan mengawal percakapan Anda. Fikir dulu sebelum buat, fikir dulu sebelum cakap.

Masalah tidak yakin diri akan mula timbul bila Anda bercakap tergagap-gagap, teragak-agak, cakap main lepas dan Anda dikawal oleh emosi.

Anda akan mula mendapat kawalan penuh pada percakapan dan perbuatan apabila Anda selalu bertenang. Elak untuk membiasakan diri mempamer air muka yang tegang, yang stress, yang ‘blur’ atau yang bingung. Itu petanda emosi menguasai Anda, bukan Anda yang menguasai emosi.

Biar kita nampak cool dan tenang-tenang saja, barulah keyakinan diri kita ada pastu kekal lama pula. Ketenangan ambil sedikit masa untuk dikuasai, namun ia boleh dikuasai melalu latihan berterusan juga lakonan berterusan.

Lakonan cemana? Berlakon menjadi orang yang tenang saja, tenang setenang-tenangnya.

Jika sebelum ni Anda orang yang tak yakin, bahkan tidak ada keyakinan, lakukan latihan ketenangan diri. Pejamkan mata untuk seketika, bernafas perlahan-lahan dan diamkan diri seketika. Amalkan setiap hari, supaya Anda merasa tenang selalu, lantas membangkitkan sikapyakin diri.

Orang yang kita nampak konfiden, biasanya tenang-tenang saja.

“Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.

Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09