Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

KILANG KICAP PULAK.....  

Friday, February 5, 2010

Membuat Sos/Kicap...Jijik dan MELOYAKAN


Jalan Meranti Jaya
Puchong
Selangor
14 Jan 2010

Dalam serbuan di kilang membuat sos/kicap ini, sebenarnya jika 'full-force' digunakan, saya rasa kilang ini akan lingkup hari ini juga.


Perkara paling utama dalam industri makanan, ialah aspek kebersihan.

Jika ia gagal dipatuhi , bermakna ia tidak layak untuk beroperasi sehinggalah ia mematuhinya.


Lihat foto ini. Saya tidak tahu apa namanya, atau mungkin juga dipanggil dandang, tapi ia adalah dapur untuk memasak sos yang diproses.

Ketika ini, sos tiram sedang dimasak dan lihat betapa kotor permukaan tudung atas dapur ini...

Lihat pula yang ini, inilah kali pertama saya melihat, kerja membersih dapur ini sehingga memerlukan pekerja masuk ke dalamnya.


Apabila saya tanya Bangla ini, dengan tenang dia menjawab, memang hari-hari dia masuk dalam dapur ini untuk cuci selepas tiap kali memasak sos seperti cili, tomato atau tiram.


Kerana katanya, selepas dibasuh, operasi memproses sos lain akan menggunakan dapur yang sama, jadi kenalah basuh dulu...


Di bahagian 'production' pula, sebenarnya hanya menggunakan dua pekerja bahagian 'filling'.


Tetapi sekali lagi aspek kebersihan /hygiene tidak dipraktikkan.

Pekerja tidak memakai sarung/lapik tangan dan persekitaran yang kotor dan berserabut.


Ini pula ialah antara bahan yang dicampurkan ketika proses membuat kicap.


Samada bahan ini benar-benar mendapat sijil halal (lihat pada label di tong ini) atau ia hanya sekadar ditampal, tidaklah diketahui...

Sos dan Kicap - Penipuan Berat Timbangan dan Logo Halal


Jalan Meranti Jaya
Puchong
Selangor
14 Jan 2010
1 petang


Ada yang email saya bertanyakan, adakah ini entry 'mengejutkan' yang saya maksudkan?

Jawapan saya ialah TIDAK. Bukan entry ini. Ini belum boleh dikategorikan sebagai mengejutkan...


Isu yang saya dedahkan ini amat mudah, dan ia memang tidak dapat dilindungi kerana sudah terang lagi bersuluh.


Ia mengenai sebuah syarikat pengeluar sos cili, tomato, tiram, kicap (pekat/cair), taucu, cuka dan beberapa keluaran lagi.


Anda mungkin tidak pernah mendengar atau melihat jenama ini, tetapi mungkin atau peratusan anda merasai keluaran syarikat ini adalah tinggi- amat tinggi.


Sasaran utamanya ialah restoran/warung atau mereka yang berkaitan dengan industri makanan.

Syarikat menjual kepada pemborong atau kedai-kedai runcit sekitar Lembah Klang dan sehinggalah ke Johor.


Dan pemborong/peruncit akan menjualnya kepada pengusaha restoran dan mereka yang berkaitan dengan industri yang memerlukannya.


Anda pula, sebagai pengguna, akan makan mi, nasi goreng atau apa juga makanan yang menggunakannya di restoran tersebut, tanpa anda mengetahui jenama apakah tomato, cili, kicap yang digunakan.


Malah jenama yang digunakan, melambangkan ia adalah buatan orang Islam seperti jenama Suria, Meggi, Yummi.

Lojiknya, ialah tentu anda tidak akan sampai ke dapur untuk melihat semua jenama yang digunakan...


Penipuan yang dikesan di sini ialah apabila, pada label sos-sos terbabit, terpapar maklumat berat sebagai +/- 3 kg. (lebihkurang 3 kg).


Namun, apabila ditimbang, ia sebenarnya kurang dari 3kg. Ada yang 2-6kg, ada 2-7kg iaitu perbezaan antara 200gm hingga 400gm.


Sebagai perbandingan , sebotol kicap/sos yang anda biasa beli, beratnya ialah +/- 340gm.

Bermakna, setiap botol 3kg yang dibeli, anda akan kerugian 1 botol kecil sos/kicap ini.


Ketika serbuan dilakukan , beberapa pekerja kelihatan kelam-kabut cuba untuk menanggalkan label-label ini bagi mengelakkan ianya dikesan.

Malangnya, ia dapat dikesan.


Serbuan diketuai Penolong Pengarah Kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor, Zakaria Tamby Chik bersama 10 anggota.

Kilang ini terletak di Jalan Meranti Jaya, Puchong.


Ketika siasatan lanjut dilakukan, satu lagi kesalahan berat ditemui - sijil halal yang digantung pada dinding kilang ini sebenarnya sudah tamat Julai tahun lepas.


Pengesahan lanjut dari Majlis Agama Islam Selangor MAIS mengesahkan, sijil halal untuk syarikat ini ditolak dan dibatalkan tahun lalu.

Malangnya, semua logo halal yang ditampal pada produk kilang ini, menggunakan logo halal MAIS yang sebenarnya telah tidak digunakan lagi sejak tahun 2004.


Pelbagai alasan diberikan apabila diminta menunjukkan sijil asal yang baru kerana pengusaha mendakwa mereka memiliki sajal asal tetapi disimpan di lokasi lain.


Akhirnya, 2 pegawai MAIS dari Unit Halal tiba untuk membuat pengesahan - dan sah semua logo adalah logo yang sudah tidak sah dan mengesahkan juga permohonan mereka untuk membaharui sijil ditolak tahun lalu.


Akhirnya, 2800 botol sos cili, tomato dan kicap cair dirampas kerana kesalahan menipu dalam berat timbangan, dan 870 botol sos tiram dan kicap pekat dirampas kerana logo halal yang sudah tidak sah.

Semuanya bernilai hampir RM40,000.

Bagi kesalahan yang dilakukan, siasatan dilakukan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM100 ribu atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali.FIKIR FIKIRKAN LAH DAN BERTINDAK SEKARANG UNTUK GANTI SEMUA PRODUK MAKANAN KITA DENGAN YANG HALAL LAGI BAIK PASTI NYA HPA....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09