Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

H1N1......@3  

Thursday, June 18, 2009



Jangkitan selesema A (H1N1) semakin serius di negara ini, susulan berlakunya penularan wabak tersebut di peringkat tempatan yang pertama pada pesakit ke-19 daripada 23 kes, sejak sebulan lalu.

Pesakit berkenaan, seorang pelajar perempuan 17 tahun, dijangkiti daripada pesakit ke-12 akibat kegagalan kuarantin apabila tidak memaklumkan pernah berhubung dengan pelajar perubatan kes terdahulu.

Akibatnya, menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, kegagalan itu menyebabkan 20 orang lagi berkemungkinan terdedah kepada jangkitan H1N1.

Kementerian juga memaklumkan bahawa lima lagi kes influenza itu dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Salah satu dari kes yang disahkan positif Influenza A (H1N1) adalah kes penularan tempatan yang pertama berlaku di negara ini," kata Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Kes pertama penularan tempatan (kes ke-19) adalah seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun, warganegara Malaysia yang tidak mempunyai sejarah melawat negara (asing) yang telah diisytiharkan berlaku wabak Influenza A(H1N1).

"Beliau telah mula menunjukkan simptom batuk dan selesema pada 14 Jun 2009 jam 9 malam, dan mula demam pada keesokan harinya. Pada pagi 15 Jun 2009, kes telah pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya seterusnya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh jam 10.00 pagi.

"Semasa penyiasatan, kes ke-19 melaporkan bahawa beliau adalah kontak kepada kes ke-12 iaitu pelajar perubatan yang telah disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 13 Jun 2009.

"Namun sebelum ini beliau tidak pernah diisytiharkan sebagai salah seorang kontak kepada kes ke-12.

"Ini menyebabkan pengawasan dan kuarantin awal ke atas kes ke-19 ini gagal dilakukan dan menyebabkan 20 orang lagi (kontak) terdedah kepada jangkitan influenza A(H1N1)."

Dr Mohd Ismail menambah, sangat penting semua kes yang disahkan
positif H1N1 memberikan maklumat lengkap supaya pengawasan dan kuarantin awal dapat dilakukan kepada semua orang yang pernah berhubung dengan mangsa, seterusnya mengelakkan risiko penularan kepada orang lain.

"Tindakan undang-undang bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 boleh diambil sekiranya mereka gagal memberikan maklumat yang lengkap," katanya.

Tambahnya lagi, sesuai dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kejadian Influenza A(H1N1) bil. 5/2009, kementerian juga mengeluarkan arahan seperti berikut:

bullet buttonOrang awam tidak digalakkan untuk melawat hospital. Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dilarang pergi atau dibawa melawat ke hospital kecuali untuk mendapatkan rawatan.

Setiap pesakit hanya dibenarkan menerima dua orang pelawat berumur lebih 12 tahun pada satu-satu masa. Masa lawatan di hospital kerajaan dan swasta akan dipendekkan.

bullet buttonSaringan demam akan dilakukan kepada semua pelawat yang
datang melawat pesakit di semua hospital kerajaan dan swasta.

Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama kepada penumpang, anak kapal dan kontak kepada kes agar menghubungi melalui talian 03-88 81 02 00 atau 03-88 81 03 00 untuk mendapatkan nasihat kesihatan termasuk keperluan kuarantin di rumah.

Berikut sedutan tambahan kenyataan Dr Mohd Ismail:

Kes ke-20 merupakan seorang pelajar lelaki universiti awam
tempatan berusia 23 tahun yang telah membuat lawatan sambil belajar bersama-sama 12 orang pelajar dan pensyarah selama tujuh hari di Melbourne, Australia semenjak 7 Jun 2009.

Beliau pulang dari Melbourne dengan penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 37J) dan sampai di LCCT pada 14 Jun 2009 jam 7.15 pagi.

Turut berada dalam penerbangan ini adalah kes ke-17 (tempat duduk
barisan 5) yang telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 15 Jun
2009 yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Kes ini mula menunjukkan simptom demam pada 14 Jun, jam 12.00
tengahari (5 jam selepas mendarat) dan hanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta pada 15 Jun 2009 jam 9 pagi.

Beliau seterusnya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk penyiasatan dan rawatan lanjut.

Beliau telah disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 16 Jun 2009 jam 6.00 petang dan rawatan antiviral telah pun dimulakan.

Kementerian Kesihatan sedang mengesan 37 kontak kes (penumpang kapal terbang, rombongan lawatan dan anak saudara) dan juga
anggota klinik swasta terlibat untuk dikuarantin.

Kes ke-21 adalah pelajar perubatan salah sebuah universiti di
Melbourne berusia 20 tahun yang pulang bercuti ke Malaysia dengan
penerbangan Malaysia MH 128 (tempat duduk 20K) dan sampai di KLIA pada 16 Jun 2009 jam 6.00 pagi.

Pesakit didapati demam semasa tiba di KLIA dan terus dirujuk ke Hospital Sg Buloh untuk penyiasatan dan disahkan positif influenza A(H1N1) pada jam 6.30 pagi ini.

Penyiasatan lanjut menunjukkan bahawa beliau mula menunjukkan gejala influenza pada 15 Jun 2009. Pada masa ini beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberikan rawatan antivirus.

Kes ke-22 adalah lelaki berusia 54 tahun yang mempunyai sejarah
perjalanan ke Manila atas urusan perniagaan pada 9 Jun 2009, selama tiga hari.

Beliau pulang melalui penerbangan Malaysia MH 705 (tempat duduk 32H) dan sampai di KLIA pada 12 Jun 2009 jam 8.25 malam.

Beliau mula mendapat simptom demam, batuk dan sakit kepala pada 14 Jun 2009 dan mendapatkan rawatan di salah sebuah klinik swasta pada 15 Jun 2009 tetapi tidak dirujuk ke hospital untuk penyiasatan dan rawatan lanjut.

Beliau telah datang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 16 Jun 2009, jam 9.00 pagi dan seterusnya dirujuk dengan ambulans ke Hospital Kuala Lumpur pada pagi yang sama.

Beliau telah disahkan positif pada jam 6.30 pagi ini. Seramai tiga (orang) kontak beliau terdiri daripada isteri dan anak-anak sedang dikuarantin di rumah.

Merujuk kes ke-22 ini, Kementerian Kesihatan ingin memberi peringatan tegas kepada semua klinik dan hospital swasta agar
merujuk semua pesakit yang baru pulang dari negara-negara terlibat influenza A(H1N1) dan mempunyai gejala influenza ke hospital dengan segera untuk penyiasatan lanjut.

Kegagalan mereka mengambil tindakan sedemikian amatlah dikesalkan kerana ia membawa risiko penularan tempatan influenza A(H1N1) di Malaysia.

Kes ke-23 adalah pelajar perempuan warga Malaysia berusia 22 tahun, datang dari Melbourne melalui penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 37J) dan sampai di LCCT pada 14 Jun 2009 jam
7.15 pagi.

Kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 16 Jun 2009 dan disahkan positif influenza A(H1N1) pada jam 9.30 pagi hari ini.

Buat masa ini, sejumlah 13 kes daripada 23 kes yang disahkan positif influenza A(H1N1) masih dalam rawatan di: Hospital Sungai Buloh (5 kes), Hospital Kuala Lumpur (3), Hospital Pulau Pinang (1), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang (1), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (1), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah (1) dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (1).

Kesemua diberikan rawatan antivirus dan dalam keadaan stabil.

- MALAYSIAKINI

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


H1N1..........@2  

Monday, June 15, 2009

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


ZIKIR......DAN OTAK  



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..  Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Syeikh Fathi Yakan telah meninggal dunia  


Sumber : http://akhisalman.blogspot.com Berita kematian Ini adalah berita selepas zuhur hari sabtu 13/6 yg disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com, ikhwan-jor.com, almoslim.net dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut: Pada pagi sabtu, Syeikh Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah mana dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital otel deo.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09