Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

KEJAYAAN HPA.....  

Thursday, December 17, 2009






Ramai pengedar dan penggerak HPA ada di luar sana dan pasti setiap individu ini mahukan kejayaan dalam kerjaya ini...Lahir pelbagai Generasi pemimpin dengan pangkat dan jaringan masing masing...Semua orang di dunia ini impikan kejayaan di dalam hidup mereka. Jika diberi pilihan sama ada kegagalan atau kejayaan, pasti kejayaan yang menjadi pilihan. Tiada siapa yang inginkan kegagalan di dalam hidup mereka. Tetapi tanpa kita sedar, kadang-kadang kita melakukan perkara-perkara yang boleh membawa diri kita ke arah kegagalan. Bagi memelihara diri kita terjatuh ke dalam lubuk kegagalan, kita perlu mengkaji langkah-langkah untuk menuju kejayaan. Selain daripada itu, kita juga harus mengkaji duri-duri yang menghalang perjalanan kita untuk mencapai kejayaan. Mengkaji faktor-faktor penghalang ini sama pentingnya dengan mengkaji langkah-langkah kejayaan. Kerana setelah mengetahui punca penyakit, barulah kita boleh mencari ubat yang sesuai dengan penyakit tersebut.

Di antara faktor-faktor penghalang kejayaan tersebut ialah:

1. Malas.
2. Tidak bermotivasi.
3. Tiada kehendak dan komitmen yang tinggi.
4. Tiada kemahiran belajar.
5. Mengabaikan perintah dan larangan Allah.
6. Berfikiran negatif.
7. Berimej negatif.
8. Tiada persediaan awal.
9. Terpengaruh dengan persekitaran.
10. Suka bertangguh.
11. Tidak belajar daripada kesilapan lalu.
12. Membuang masa.
13. Tidak berdisiplin.
14. Tiada keyakinan diri.

ayat 171 surah al-a'raf. Ia dibaca selepas selesai belajar atau mengulangkaji bertujuan untuk mengunci perkara-perkara telah dipelajari dalam sistem ingatan, insya Allah.
'
Selamat beramal dan semoga berjaya!'

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


0 ulasan: to “ KEJAYAAN HPA.....

 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09