Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

DAIF HAMBA INI...  

Tuesday, December 22, 2009





Ada seorang sahabat, seorang gabenor di zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab. Tetapi, apabila disenaraikan orang-orang yang layak menerima zakat, ternyata dia termasuk di kalangan mereka. Khalifah Umar sangat terkejut dengan hal ini, lantas meminta pembantunya menghantar sejumlah wang, buat si gabenor.

Tapi apakah kata beliau sewaktu menerima wang tersebut?
Dalam keadaan yang ketakutan, si gabenor telah mengadu kepada isterinya.
“Dunia telah datang kepadaku isteriku…dunia telah datang kepadaku…”
“Apakah maksudmu wahai suamiku?”
“Khalifah umar telah menghantar sejumlah wang buat kita..”
“Alhamdulillah, sesungguhnya kita sangat memerlukannya…”
“Tidak isteriku..aku sangat takut dengannya…sedekahkanlah semuanya kepada fakir-fakir miskin..”
Itulah para sahabat, yang begitu takut dengan kesenangan. Kesenangan yang mampu meragut rasa kehambaan dan rasa bertuhan dalam diri kita. Kesenangan yang menukarkan rasa kehambaan kepadaNya yang Esa kepada kehambaan kepada nikmat dunia semata.
Jujur, saya sendiri apabila diuji dengan berbagai dugaan hidup, pernah terfikir. Bilakah kesenangan dan kelapangan akan tiba? Bilakah pertolongan dan janji Allah akan tiba?
Tanda rasa kehambaan yang sedikit tergugat dalam hati. Sedangkan Allah SWT telah pun berfirman,

Katakanlah(Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.”(at-Taubah:51)

Seorang hamba seharusnya pasrah dengan ujianNya, kerana dia merasakan dirinya seorang hamba. Hamba yang layak diuji oleh tuhanNya.

Namun apabila kesenangan dan kelapangan itu tiba, saya jadi tidak tahu untuk menguruskannya. Masa yang banyak ke mana dihabiskan? Wang yang banyak, ke mana dilaburkan?

Saya terjumpa dengan seorang insan agung yang hidup dalam kemewahan. Dialah Asiah, isteri Firaun yang dilimpahi kesenangan dan harta benda. Malah, menjadi isteri kesayangan Fir’aun, Raja ketika itu. Namun, segalanya masih tidak menggugat keimanan seorang hamba kepada tuhanNya. Malah, menurut Asiah diseksa dipenjara lebih disukainya berbanding tinggal bersama Firaun di istana yang serba mewah.

Maka, saya menyeru diri saya dan anda semua, marilah bersama kita memupuk jiwa hamba dalam diri kita. Biarlah ujian kesenangan mahupun kesusahan yang menimpa kita, positivelah dengan segala ketentuanNya. Sememangnya kita layak diuji.
Jika kita merasa senang, ketahuilah segala ini daripadaNya jua. Tiada daya dan kekuatan melainkan denganNya. Isikanlah masa lapang kita dengan sebaiknya, ringankanlah tangan kita untuk membantu yang lain. Sibukkanlah diri kita dengan ibadah-ibadah yang akan mengundang rahmatNya buat kita. Hargailah masa lapang ini, dan muhasabahlah diri kita. Adakah kita yang hari ini, lebih baik dari yang semalam? Bersyukurlah kerana Dia telah memilih untuk menguji kita.

“Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu hanya ada pada orang beriman; Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan(pahala). Jika ditimpa bahaya(kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.”(riwayat Muslim)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


0 ulasan: to “ DAIF HAMBA INI...

 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09