Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

E.Q MINDA PASTIKAN ANDA DAPAT YANG ORI....  

Wednesday, November 18, 2009




HPA merupakan pengeluar dan pengedar produk E.Q.Minda, makanan kesihatan berasaskan madu yang disinergikan dengan 9 jenis herba dan makanan terbaik yang disebut didalam AlQuran dan sunnah Nabi S.A.W.

Pengenalan
E.Q Minda merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang di adun berasaskan pemakanan sunnah yang disebut di dalam AlQuran dan hadith yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak. E.Q Minda juga dapat membantu mengurangkan stress atau tekanan.

Diantara khasiat tambahan E.Q Minda:

  • Untuk meningkatkan IQ pelajar;
  • Meningkatkan daya ingatan untuk orang berumur dan pelupa;
  • Untuk meningkatkan kecerdasan otak dan kecergasan badan;
  • Meningkatkan sistem antibodi
  • Melegakan batuk dan lelah. Amat baik untuk penghidap asma;
  • Mengatasi masalah keletihan dan mengantuk;
  • Meningkatkan tenaga dan menambah selera makan;
  • Menambahkan vitamin, mineral dan zat-zat makanan yang diperlukan badan

Selain itu, Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapat melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.

RAMUAN UTAMA PRODUK E.Q Minda

  • Madu Lebah (Honey)
  • Badam (Almond)
  • Habbatus Sauda’ (Black Seed)
  • Kacang Adas (Lentil)
  • Kurma (Dates)
  • Tin (Figs)
  • Kismis (Raisins)
  • Zaa’faran (Saffron)
  • Halia (Ginger)

PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI E.Q Minda

1. MADU LEBAH (HONEY)

Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.

Firman Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69

2. BADAM (ALMOND)

Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia.

Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:

35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E)
20% DV bagi magnesium
15% DV bagi phosphorus
13% DV bagi riboflavin
8% DV bagi kalsium
6% DV bagi iron dan zink
4% DV bagi asid folik dan niasin

3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)

Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.

Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith Riwayat Hadith dan Muslim

Jintan Hitam Cegah H1N1

Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 13 Ogos - Jintan hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda dalam bahasa Arab dipercayai dapat mencegah jangkitan selsema babi atau influenza A (H1N1).
Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi.
Akhbar Al-Khaleej melaporkan, kajian tersebut telah menyebabkan penjualan jintan hitam meningkat sebanyak 50% di beberapa negara Asia dan Arab Saudi serta Mesir.
Minuman tersebut turut diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan umrah di Mekah dan Madinah. - Agensi
sumber: Utusan Malaysia 14 Ogos 2009

4. KACANG ADAS (LENTIL)

Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.

“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61).

Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.

5. KURMA (DATES)

Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.

Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"

6. TIN (FIGS)

Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.

7. KISMIS (RAISINS)

Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.

Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"

8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)

Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.

Sayidina Ali pernah menyatakan: " Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir "

9. HALIA (GINGER)

Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.
Banyak sungguh kelebihan permakanan SUNNAH ini dan pastikan anda dapat produk ini di cawangan HPA berhampiran anda....Wassalamu....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09