Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

ILMU BAHASA BADAN...PERHATI KAN  

Tuesday, September 29, 2009

PELAJARI TEKNIK RAWATAN SARAF MELALUI TAPAK TANGAN...DAN TERDAPAT PELBAGAI TEKNIK LAIN UNTUK KENALI PENYAKIT...
SATU TEKNIK SERTA KAEDAH YANG BAIK UNTUK PARA PERAWAT HERBALIS PERLU TAHU IA LAH BAHASA BADAN..Sepintas lalu module pelajaran ini di ajar dalam INTIBAH dahulu dan saya sebagai pelajar terus mendalami teknik ini membuat rujukan di tempat lain pada pakar pakar BAHASA BADAN....

Setiap pergerakan tubuh badan kita tu ada maksudnya tersendiri apabila kita selesa mahupun disebaliknya. perasan tak bila kita tak selesa secara automatik kita akan berpeluh atau tangan dan mata kita akan tak tentu arah. Disini ada sedikit maksud pergerakan. So, kaji dan cuba lihat kesahihan dia.
* 1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap.

Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, mutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

* 2.Berpeluk tubuh ketika bercakap.

Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

* 3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari.

Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

* 4.Mata dan dahi berkerut-kerut.

Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

* 5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa.

Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.


* 6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap.

Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

* 7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata sewaktu kita bercakap(memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ).

Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.

* 8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang.

Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkinan berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

* 9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap.

Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

* 10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas.

Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya. (catatan PJS SABRI AHMAD)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09