Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

BERSAMA HPA ...BERSEDIA UNTUK BERJAYA  

Tuesday, September 22, 2009





Demam PBC akan bermula selepas anda berhari raya...Bersedialah untuk menempah kejayaan dalam perniagaan HPA ini PBC ia lah satu kaedah proses tarbiah dan latihan lengkap untuk anda dan rangkaian anda faham erti dunia juang HPA.Rongkai dan leraikan kusut anda di PBC ini serta susun sebaik mungkin untuk berjaya ikut jadual yang di cadangkan.....Biarlah kita berniaga sebab kita memang seronok berniaga, suka menjual dan kita merasa nikmatnya menjual, bukan sebab mengejar untung semata-mata. Ramai usahawan Melayu hari ini sungguh tamak - menumpukan pada HASIL sahaja, tak menumpu pada PROSES.

Kejayaan tetap ada, jika Anda rajin berusaha. Tetapi, kejayaan tak akan ada jika Anda hanya menumpu perhatian kepada kejayaan semata-mata tapi tak pernah menumpu kepada proses mencapai kejayaan.Anda tak menumpu pada usaha-usaha yang boleh dilakukan, sebaliknya hanya menumpu pada hasil sahaja.

Ibarat membina sebuah bangunan dan Anda arkiteknya. Anda cuma nampak sebuah bangunan tersergam indah dalam kepala Anda lalu Anda melukis design bangunan tu di atas kertas. Di peringkat tu, Anda masih belum berjaya sebab bangunan idaman Anda masih belum dibina.

Jika Anda tak menumpu pada usaha-usaha yang dilakukan, Anda hanya syok sendiri, cuma seronok membayangkan bentuk bangunan yang akan dibina. Anda tak pernah berusaha mencari pemaju, mencari pekerja, mengumpul bahan-bahan, mengumpul jentera dan peralatan lalu mula bekerja.

Cemana nak berjaya?

Cemana nak mencapai kejayaan?

Anda hanya akan berjaya bila bangunan idaman Anda berjaya dibina, disiapkan sepenuh sebijik macam yang Anda mahu. itu baru berjaya namanya.

Mulai hari ni, usah terlalu tamak walaupun Anda boleh bersikap tamak. Kawal sikap tamak tu.

Fokus pada proses.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09