Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

X-KERJA.....HPA PELUANG TERBAIK  

Tuesday, April 21, 2009


SHAH ALAM: Sejumlah 30,650 pekerja tempatan dan asing diberhentikan di seluruh negara sejak Oktober 2008 hingga Selasa lalu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.
Beliau berkata, daripada jumlah itu 23,149 pekerja diberhentikan di bawah skim pemberhentian tetap manakala 7,501 daripadanya pula secara sukarela. (Sumber : Berita Harian, 17 April 2009) “Bagaimanapun, 2,900 pekerja tempatan ditempatkan semula mengikut sektor kekosongan di jabatan kerajaan dan swasta,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Pertandingan Kemahiran Industri, Inovasi dan Kreativiti di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) di sini, semalam. Maznah berkata, bagi membantu meringankan beban mereka, kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi menawarkan 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan akan diwujudkan di sektor awam serta swastaKatanya, melalui pakej rangsangan itu juga kementerian bertanggung jawab secara langsung untuk menambah bilangan peserta di bawah Program Latihan Khusus dan Program Latihan Semula kepada pekerja yang diberhentikan serta Skim Latihan Dual Nasional bagi memberi kemahiran. Selain itu, Maznah berkata, kementerian akan menambah program latihan termasuk kerjasama pertubuhan industri dan syarikat yang terbabit seperti elektrik dan elektronik, pengimpalan, robotik dan pembinaan di samping melaksanakan lebih banyak latihan kemahiran industri dan teknikal di Pusat Latihan Kemahiran di semua negeri bagi 10,000 orang pelatih. - Bernama “Kementerian turut mewujudkan 22 JobsMalaysia Centre dan menambah baik 109 pusat sedia ada di lokasi tumpuan awam, termasuk di kompleks membeli-belah untuk memudahkan akses pekerja dan majikan bagi mendapatkan penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan maklumat mengenai peluang latihan yang disediakan,” katanya. Di samping itu, beliau berkata lebih banyak karnival pekerjaan berskala besar di peringkat kebangsaan akan diadakan bagi memudahkan penganggur dan pekerja yang diberhentikan mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09