Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

V.C.O.........ooh...ooh...ohh  

Monday, April 20, 2009



Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian. Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula. Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser. Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran. Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit. Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:...1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan... 2. meningkatkan kadar metabolisma badan... 3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi... 4. anti oxida semulajadi... 5. meningkat fungsi kelenjar tairoid... 6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari... 7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah ...8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan... 9. berupaya menurunkan berat badan ...10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia ...11. membekal sumber tenaga dengan cepat... 12. melembab dan melembutkan kulit ...13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit... 14. mengurangkan kesan keracunan makanan... 15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan... 16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat... 17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung ...18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi ...19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis... 20. mengurangkan risiko dan kesan demam ...21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa ...22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering... 23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung ...24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09