Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

Wednesday, September 10, 2008

ANUGERAH PERDANA MENTERI

Satu lagi pengikhtirafan yang diterima oleh Hpa. Anugerah perdana yang diberikan baru-baru ini di MAHA 2008.
SERDANG 12 Ogos - Tiada siapa menyangka industri pertanian berasaskan herba mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan.
Namun, syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. berjaya membuktikan herba mampu menjana keuntungan apabila pada tahun 2007 nilai jualan produk keluaran syarikat itu mencecah RM63 juta.
Antara produk popular syarikat itu ialah Kopi Radix yang terkenal dengan ungkapan iklan 'Mai Secawan'.
Berikutan pencapaian tersebut, HPA telah dipilih untuk menerima Anugerah Perdana Menteri yang pertama kali diperkenalkan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). Dengan kemenangan itu, HPA Industries membawa pulang hadiah wang wang tunai RM50,000, piala dan sijil.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad pada majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di sini hari ini.
Terdahulu, syarikat tersebut turut menerima Anugerah Pemasar Tani Jaya Peringkat Kebangsaan 2008. Bagi anugerah ini, HPA mendapat hadiah RM30,000, piala dan sijil.
Menurut Ismail, syarikatnya kini berusaha mewujudkan ladang roselle dan pegaga memandangkan hasil ladang sedia ada tidak dapat menampung permintaan.
''Kami masih terpaksa mengimport roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi dengan adanya ladang roselle dan pegaga yang lebih besar ia akan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar,'' katanya.
Selain menetapkan sasaran keuntungan sebanyak RM100,000 pada tahun ini, Ismail menyatakan bidang pertanian dan industri asas tani telah terbukti mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan sekiranya diusahakan dengan betul.
HPA memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar. Ia mempunyai kira-kira 400,000 ahli serta 21,000 usahawan di seluruh negara. HPA Industries juga mempunyai lima wakil di luar negara melalui aktiviti jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


HPA buka TOHARAH DOBI  

Sunday, September 7, 2008

Pada 29/8/08 yang lalu, HPA telah mengadakan majlis perasmian Toharah Dobi sekaligus dengan majlis pelancaran 2 produk kegunaan harian iaitu Cecair Pencuci Freesia dan Pelembut Fabrik Mawar.Cecair Pencuci Freesia merupakan pencuci pakaian dalam bentuk cecair dan kebaikanya untuk mereka yang elergi dengan bentuk serbuk terutama bagi mereka ada gangguan penafasan.Pelembut Fabrik Mawar satu-satunya produk wangian dan pelembut kain yang dikeluarkan oleh HPA sama seperti Pelembut kain softlan.Kedai Dobi Taharah juga merupakan outlet HPA dalam memasarkan semua jenis detergent dalam bentuk MLM.Ahli boleh mendapatkan produk disini selain daripada cawangan yang ada.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


HPA akan buka cawangan RFC di Tesco  

Hasil daripada perbincangan awal menampakan beberapa potensi baru seluruh Malaysia dengan pembukaan cawangan dan RFC .Dijangka pada tahun hadapan sebanyak 5 buah Tesko baru yang akan dimasuki oleh HPA.Hpa bukan menjual produknya kepada Tesko tetapi adalah kerana untuk membuka cawangan sendiri serta menjadi altenatif produk halal pada umat Islam yang berkunjung ke sana.Brand HPA dan Radix telah mula dikenali seperti masyarakat mengenali produk Adabi cuma HPA akan mempelbagaikan keluaranya bagi memenuhi kehendak seisi rumah.InsyaAllah.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09